MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
JURULATIH Nepal, Johan Kalin
mengakui Malaysia jauh lebih kuat berbanding pasukannya selepas tumpas 2-0
dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil,
kelmarin.
Beliau yang berasal dari Sweden
berkata, tempoh 20 minit awal permainan babak pertama adalah tempoh paling
sukar sepanjang kariernya bergelar jurulatih apabila anak didiknya ditekan dari
setiap sudut oleh barisan serangan Harimau Malaya.
"Kami cuba menyerap tekanan
dan cuba kembali ke dalam permainan.
Tempoh 10-20 minit menyaksikan
pemain saya hilang arah dan ada masalah dengan padang.
"Kami tak dapat kawal bola
dengan baik hingga akhirnya melepaskan dua gol menerusi situasi bola mati.
Kalin (kiri) bersama kapten
Nepal, Biraj Maharjan. FOTO BERNAMA
Berdasarkan aksi mereka, Malaysia
memang layak untuk menang malam tadi.
"Pemain sudah berikan yang
terbaik tetapi Malaysia ternyata skuad lebih handal daripada kami.
Apa yang boleh saya simpulkan,
Malaysia terlalu kuat bagi kami," katanya pada sidang media, semalam.
Malaysia yang dalam fasa terakhir
sebelum turun menentang Timor Leste dalam pusingan pertama Kelayakan Piala
Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jumaat ini hampir dikejutkan Nepal yang juga sedang
mempersiapkan pasukan untuk aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia.
Untuk rekod Nepal yang berada di
ranking ke-161 dunia berjaya mengelak beraksi di pusingan pertama berbanding
skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang sekadar di tangga ke-168, sekaligus gagal
berada dalam kelompok 34 pasukan teratas Asia yang meraih tiket automatik ke
peringkat kedua.
Dalam pertemuan itu, skuad
Harimau Malaya mempamerkan aksi turun naik apabila hanya berjaya menembusi
gawang Nepal pada babak kedua menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada m-50
dan Shahrul Saad m-82.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 3 Jun 2019 @ 4:33 PM
No comments:
Post a Comment