BERNAMA | 03 Jun 2019
Piya
BEKAS kapten The Red Warriors
(TRW), Mohd Badhri Mohd Radzi kembali mewarnai arena bola sepak tempatan
apabila menyertai Kelantan United, bagi mengharungi baki saingan Liga M3 musim
ini.
Presiden Kelantan United Datuk
Che Abdullah Mat Nawi berkata, penyertai pemain itu membuktikan seriusnya pihak
pengurusan untuk merealisasikan impian layak ke saingan Liga Perdana musim
depan.
"Saya percaya kehadiran
tonggak berpengalaman terbabit akan menambah kekuatan, untuk Kelantan United
dalam mengharungi saingan musim ini.
"Selain Bahdri, kami turut
bawa masuk beberapa pemain yang sudah mempunyai pengalaman dengan saingan liga
tempatan antaranya Mohd Nizab Ayub (Perak), Mohd Azrean Aziz (T-Team), Wan
Mohamad Ridhwan Deraman (Kelantan) dan Mohd Ainan Yusoff (Piala Presiden
Kelantan)," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata Kelantan United
turut membawa masuk tonggak import dari Gambia, Alfusainey Gassamu untuk tampil
lebih perkasa di bahagian serangan.
"Kehadiran enam tonggak itu
bagi menggantikan mereka yang telah digugurkan iaitu Muhamad Azmi Hamzah,
Muhamad Fadzlie Abdullah, Mohamad Faizol Fazree Ismail Mohamad Azri Azam,
Mohamad Zailani Ramli dan Elano Carlos Zozimar.
" Meskipun digugurkan, Kelantan
United tetap cakna kebajikan mereka dengan mencari pasukan baharu untuk pemain
terbabit," katanya.
Selepas mengharungi tujuh
perlawanan, Kelantan United kini menghuni tangga ketiga dalam saingan Liga M3
dengan mengumpul 16 mata hasil lima kemenangan satu seri dan satu kalah.
Kelantan United kini hanya
dibezakan tiga mata dengan pendahulu M3 Kuching FA. - Bernama
SUMBERArtikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/31329/BERITA/Sukan/Piya-kembali-beraksi-sertai-Kelantan-United
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment