04 Jun 2019
3:00 AM
Safawi (kiri)
menjaringkan gol pertama skuad negara ketika pertemuan dengan Nepal di Stadium
Nasional Bukit Jalil kelmarin.
KETUA
jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe (TCH) masih belum berpuas hati dengan
ketajaman penyudah pasukan negara meskipun berjaya menundukkan Nepal 2-0 dalam
aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.
Jelas Cheng
Hoe, barisan serangan skuad negara perlu lebih mantap supaya sentuhan mereka
mampu menggugat pasukan lawan menjelang aksi pusingan pertama Kelayakan Piala
Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor-Leste pada 7 dan 11 Jun ini.
Menurutnya,
pemain Harimau Malaya perlu memanfaatkan baki latihan beberapa hari ini untuk
mengatasi kelemahan tersebut sebelum turun menggalas misi wajib menang ke atas
Timor Leste.
“Saya melihat
aksi kali ini adalah percaturan atau pilihan terbaik buat kami sebelum bertemu Timor
Leste. Namun, saya yakin keputusan lebih baik mampu dicapai jika bahagian
penyudah negara lebih tajam.
“Ada beberapa
perkara yang masih kurang dalam pasukan ini terutamanya ketumpulan di jentera
serangan meskipun mereka berjaya mencipta peluang yang baik untuk menjaringkan
gol.
“Bagaimanapun,
kami masih ada beberapa hari untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam
pasukan,” kata Cheng Hoe selepas tamat perlawanan kelmarin.
Dalam aksi
berkenaan, Malaysia yang berada di ranking ke-168 dunia, berjaya menundukkan
Nepal (161) selepas Muhammad Safawi Rasid dan Shahrul Mohd. Saad masing-masing
menjaringkan satu gol pada babak kedua.
Kemenangan
tersebut juga dilihat amat penting untuk membina keyakinan para pemain Harimau
Malaya dalam pertemuan menentang Timor Leste nanti.
KOSMO ONLINE 04
Jun 2019 3:00 AM
No comments:
Post a Comment