03 Jun 2019 8:31 PM
KUALA LUMPUR - Umat Islam di
Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu ini, demikian diumumkan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.
"Bagi menyempurnakan titah
perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah
dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi
negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019," katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu
disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. – BERNAMA
SUMBER-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 03
Jun 2019 8:31 PM
No comments:
Post a Comment