ARKIB : 16/06/2009
KUALA LUMPUR 15 Jun - Malaysia
melakar sejarah saintifik melalui inisiatif Program Brain Gain Malaysia (BGM)
apabila syarikat tempatan bergabung dengan universiti terkemuka University of
Illinois Urbana Champaign (UIUC) bagi mengatasi norma saintifik berusia 40
tahun.
Saintis tempatan kaum Kelabit
dari Sarawak, Dr. Gabriel Walter yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif
Quantum Electro Opto Systems (QEOS) Sdn. Bhd., mencatat sejarah dengan mencipta
alat pemancar cahaya spontan terlaju di dunia yang mampu memancarkan cahaya
pada kelajuan sehingga tujuh gigahertz (GHz).
Selama lebih 40 tahun, komuniti
saintifik mempercayai bahawa alat cahaya spontan yang efisien tidak boleh
beroperasi pada gelombang lebih 1 GHz.
Selepas penyelidikan asas lebih
lima tahun yang dimulakan di UIUC pada 2004, pasukan QEOS-UIUC membuktikan
bahawa Light Emitting Transistor (LET) mampu beroperasi pada 4.3 GHz, dan
seterusnya mungkin pada 7 GHz dengan menggunakan Light Emitting Diode (LED).
Penyelidikan ini dibiayai oleh
Agensi Penyelidikan Lanjutan Projek Pertahanan (DARPA) melalui dana empat tahun
berjumlah RM22.75 juta (AS6.5 juta) dan disokong oleh dana BGM dan Pejabat
Penyelidikan Tentera.
DARPA ialah agensi Jabatan
Pertahanan Amerika Syarikat bagi pembangunan teknologi baru untuk kegunaan
ketenteraan Amerika Syarikat.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm#ixzz5XwiRALge
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment