MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
BEKAS pemain Kedah, Liridon Krasniqi tidak menunggu lama untuk mencetak gol bersama pasukan barunya Melaka United apabila menang 2-1 ke atas PJ City pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.
Krasniqi, yang mewakili Melaka selepas dipujuk jurulatih Zainal Abidin Hassan, membuka tirai jaringan pada minit ke-36 menerusi sepakan gunting yang menewaskan penjaga gol pelawat, Muhaimin Mohamad.
Lebih menarik, Krasniqi turut terbabit bagi gol kedua Melaka apabila hantaran lintangnya seminit sebelum rehat ditanduk masuk penyerang import dari Brazil, Casagrande untuk mengukuhkan kedudukan.
Pada babak kedua, PJ City yang sebelum ini dikenali sebagai MIFA, bangkit memberikan saingan dan anak buah K Devan berjaya merapatkan jurang sekalipun gagal mencari gol penyamaan.
Rembatan kencang R Barathkumar pada minit ke-58 menyaksikan penjaga gol berpengalaman Khairul Fahmi Che Mat tertewas juga akhirnya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 12:24 AM
No comments:
Post a Comment