Ad

Saturday 2 February 2019

Melaka United raih tiga mata pertama

PENYERANG impot Melaka, Liridon Krasniqi (tengah) diasak pertahanan
PENYERANG impot Melaka, Liridon Krasniqi (tengah) diasak pertahanan PJ City FC dalam perlawanan Liga Super di antara Melaka United menentang PJ City FC di Stadium Hang Jebat, Melaka, di sini hari ini. - UTUSAN/AZLI AHAD
02 Februari 2019 11:29 PM

MELAKA 2 Feb. - Melaka United terpaksa berhempas pulas sehingga ke minit akhir perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan pertamanya menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC dengn jaringan 2-1, malam tadi.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan meraih tiga mata berharga selepas selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.


Jaringan pertama Melaka United dihasilkan melalui sepakan gunting Liridon Krasniqi pada minit ke-36 hasil hantaran tepat Patrick Reichelt.

Melaka United melebarkan jaringan seminit sebelum tamat babak pertama melalui tandukan tepat Anselmo Cassagrande melepasi penjaga gawang PJ City FC, Mohd. Muhaimin Mohamad.

Bermula separuh masa kedua, PJ City FC berjaya merapatkan jurang dan memberi tekanan kepada Melaka United dengan jaringan pertama oleh R. Barathkumar pada minit ke-58.

Skuad Sang Kancil cuba menambah jaringan melalui beberapa percubaan namun penyudah yang tumpul gagal menghasilkan tambahan gol sehingga tamat perlawanan. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/melaka-united-raih-tiga-mata-pertama-1.834590#ixzz5eQbyUEcp
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment