Sabtu, 2 Februari 2019 | 11:36pm
Melaka menang tipis ke atas PJ City
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Melaka United (MU) terpaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas PJ City pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.
Pemain import dari Brazil, Anselmo Casagrande memiliki peluang membuka tirai jaringan untuk MU namun percubaannya pada minit ke-16 dan 31 gagal menerjah gawang pelawat.
Krasniqi meledak gol pertama MU musim ini pada minit ke-36 menerusi sepakan gunting menewaskan penjaga gol PJ City, Mohd Muhaimin Mohamad.
Tuan rumah terus memperkukuh kedudukan menerusi gol kedua hasil tandukan kencang Casagrande pada minit ke-44 selepas menerima hantaran lintang Krasniqi.
Bersambung babak kedua anak buah jurulatih K Devan bijak mengubah corak permainan dengan mereka mula memperolehi keyakinan untuk memberi saingan kepada skuad Hang Tuah.
Hasilnya mereka berjaya merapatkan jurang menerusi rembatan kencang R Barathkumar pada minit ke-58 menewaskan penjaga gol berpengalaman Khairul Fahmi Che Mat.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 2 Februari 2019 | 11:36pm
No comments:
Post a Comment