Ad

Friday, 27 March 2020

KEHIDUPAN AWAL PENEROKA JENGKA 4

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

       Ketika itu peneroka masuk ke Felda Jengka 4 pada tahun 1971, kawasan perumahan yang telah siap dibina dan ladang telah ditanam dengan tanaman pokok kelapa sawit. Sementara menunggu hasil ladang, para peneroka dan isteri mereka terpaksa ke ladang pada awal-awal pagi untuk diambil kedatangan dan seterusnya melaksanakan tugas masing-masing. Menurut Muhamad Salleh bin Ismail, peneroka dan isteri masing-masing wajib datang untuk bekerja di ladang kelapa sawit pada pukul lapan pagi. Mereka membuat kerja ladang dan diberi wang sebanyak RM2.50 sehari ini kos sara hidup.[1]

       Untuk mendapat pendapatan lebih peneroka boleh bekerja lebih masa. Pihak pengurusan Felda Jengka 4 akan  membayar elaun bayaran kerja lebih masa kepada peneroka yang rajin bekerja. Oleh itu mereka walaupun ramai daripada mereka belum mempunyai anak, tetapi mereka terpaksa mengambil bekalan makanan di Kantin secara berhutang.  Pada tahun 1972 barulah para peneroka Felda Jengka 4 mendapat hasil yang pertama. Ini bermakna kuasa beli 448 keluarga peneroka Felda Jengka 4 semakin bertambah.[2]


[1] Temuramah dengan Muhamad Salleh Ismail pada 21 Mac 2013.
[2] Ibid.

Monday, 23 March 2020

Kelantan akui ada tunggakan gaji

Ahad, 22 March 2020 | 10:05pm

Skuad Belia dan Piala Presiden Kelantan.
Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai keadaan sebenar isu berkenaan.

"Memang betul ada tunggakan membabitkan pemain skuad Piala Presiden tahun lalu dan ada di antara mereka sudah membuat laporan kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

"Mungkin hari ini kita akan hantar laporan kepada FAM dan kami sedang mengumpul semua maklumat," katanya.

Kelantan sebelum ini termasuk dalam senarai tiga pasukan yang diberi tarikh akhir oleh FAM untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji membabitkan skuad senior The Red Warriors (TRW). SUKAN»Bola
Ahad, 22 March 2020 | 10:05pm
Kelantan akui ada tunggakan gaji
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman mengakui persatuan itu masih berdepan masalah tunggakan gaji membabitkan skuad Piala Presiden.

Husin ketika dihubungi BH Sukan hari ini bagaimanapun menjelaskan kebanyakan tunggakan itu membabitkan pemain musim lalu.

Justeru, beliau berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk mengemukakan laporan kepada Persatuan

Malah, FAM sedang dalam fasa kedua proses pemutihan hutang yang mana membabitkan tunggakan bayaran dengan agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta masalah tunggakan gaji skuad Piala Presiden dan Piala Belia.[1]





[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/668072/kelantan-akui-ada-tunggakan-gaji

Thursday, 19 March 2020

Safawi keluar produk cecair basmi kuman

SUKAN»Bola
Khamis, 19 March 2020 | 6:11pm
 BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
Safawi keluar produk cecair basmi kuman
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menjelaskan tujuan dia mengeluarkan produk berkenaan selepas melihat stok barangan itu yang semakin berkurangan di pasaran.

"Saya dah keluarkan produk saya sendiri 'hand sanitizer', jenama saya sendiri. Saya buat ini sebab saya tengok sanitizer di pasaran sudah kurang," kata Safawi dalam satu klip video di Instagram miliknya.

"Jadi saya harap apa yang saya buat ini dapat mengurangkan lagi jangkitan di Malaysia dan harap benda ni tak berleluasa di mana-mana.

"Tapi korang (anda) pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan duduk saja di rumah."

Kebimbangan penularan COVID-19 turut menjejaskan kancah saingan bola sepak tempatan seterusnya memaksa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menangguhkan saingan Liga Malaysia (Liga M) dan semua kejohanan lain di bawah kelolaan mereka.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/666923/safawi-keluar-produk-cecair-basmi-kuman

Saturday, 14 March 2020

Nwakaeme bantu Pahang atasi Melaka

SUKAN»Bola
Sabtu, 14 March 2020 | 11:30pm
AKSI pemain Melaka, Romel Morales (kiri) melepasi kawalan pertahanan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, sebentar tadi. - Foto Nazri Abu Bakar
Nwakaeme bantu Pahang atasi Melaka
Oleh Nazri Abu Bakar

MELAKA: Jaringan tunggal Dickson Nwakaeme membantu Pahang mengatasi Melaka 1-0 pada aksi Liga Super  di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Bagaimanapun,  keazaman tinggi barisan tuan rumah untuk meraih tiga mata terserlah menerusi usaha gigih mereka merobek gawang pelawat sebaik sepak mula.

Namun percubaan penyerang importnya Uche Agba berjaya ditepis penjaga gol Ahmad Sarbinee Allawee pada minit kelapan sementara pemain kelahiran Nigeria itu pula gagal menolak mudah bola kedalam jaring selepas menerima hantaran lintang Sony Norde pada minit ke-19.

Peluang terbaik pelawat mendahului Melaka hadir pada minit ke-33 namun rembatan kencang Faizal Halim tersasar ke kiri gawang tuan rumah.

Pahang yang lebih banyak menguasai babak pertama bagaimanapun gagal menembusi kubu Hang Tuah yang kukuh dikawal bekas penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.

Babak kedua memperlihatkan perubahan drastik skuad Hijau Putih namun dua percubaan Norde pada minir ke-46 dan 47 gagal diterjemah dengan jaringan.


AKSI Melaka (hijau) ketika berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. - Foto Nazri Abu Bakar
Akhirnya, Pahang berjaya menjaringkan gol kemenangan mereka menerusi rembatan pemain gantian Nwakaeme pada minit ke-67 untuk kemenangan kedua berturut-turut.

Gol tunggal hasil hantaran Ivan Carlos itu cukup buat skuad kendalian Dollah Salleh pulang ceria walaupun Carlos yang turut memiliki peluang menambah jaringan kedua hanya merembat tinggi peluang terhidang pada minit ke-78 perlawanan.

Kekalahan kedua Hijau Putih selepas kecundang di tangan FELDA United Rabu lalu memberi gambaran skuad terbabit perlu bangkit selepas ini.

Keterangan gambar

Pix1- Aksi pemain Melaka, Romel Morales (hijau) melepasi kawalan  pertahanan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.FOTO NAZRI ABU BAKAR

Pix 2- Aksi Melaka (hijau) ketika berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.FOTO NAZRI ABU BAKAR.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/665423/nwakaeme-bantu-pahang-atasi-melaka

Tiada solat Jumaat di Perlis hari ini.

NORJULIANA YAACOB | | 13 Mac 2020
Gambar hiasan
KANGAR - [DIKEMASKINI] Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menitahkan solat Jumaat pada hari ini di negeri ini digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing selepas mengambil kira situasi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), titah Raja Perlis itu setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkembangan penularan Covid-19.

"Selepas mendapat pandangan dan nasihat daripada pihak KKM mengenai Covid-19, serta menerima panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, maka MAIPs bagi menjunjung titah perintah dan perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail memutuskan supaya solat Jumaat di seluruh Perlis pada 13 Mac 2020 digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu berisiko dilarang solat jemaah di masjid

"Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh KKM.

Kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat hari ini di seluruh negeri ini diganti dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.
Kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat hari ini di seluruh negeri ini diganti dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.
"Justeru itu pihak kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama hendaklah dielakkan," titah baginda dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Baginda turut mengingatkan pengurusan masjid-masjid di seluruh Perlis mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini.

"Individu Muslim perlu mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan," katanya.[1]




[1] https://www.sinarharian.com.my/article/73604/KHAS/Koronavirus/Tiada-solat-Jumaat-di-Perlis-hari-ini?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Tiada%20solat%20Jumaat%20di%20Perlis%20hari%20ini&utm_content=&utm_term=

Friday, 13 March 2020

Tok Gajah sasar tiga mata


MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
 
PAHANG yang mendapat tonik kemenangan pertama dalam saingan Liga Super Selasa lalu, mahu meneruskan momentum itu apabila berdepan Melaka United di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, hari ini.

Biarpun beraksi tanpa penonton susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19, skuad kendalian Dollah Salleh itu menggangap ia satu kelebihan untuk melakar kemenangan kedua.

Bagi pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang, skuad itu tidak boleh lagi ketinggalan dalam mengutip tiga mata di tempat lawan.

“Dua kekalahan bertutur-turut sebelum bangkit meraih kemenangan memerlukan komitmen tinggi semua pemain untuk kekal konsisten biarpun sedar saingan getir bakal dihadapi.

“Lebih-lebih lagi, Melaka dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada FELDA United FC dan sudah pasti mereka mahu menebus kekecewan itu di laman sendiri.

“Mahu atau tidak Pahang tidak boleh terlepas mata kerana saingan daripada pasukan teratas semakin getir biarpun bermain tanpa kehadiran penonton,” katanya.

Justeru, beliau mahu kesebelasan utama yang diturunkan dapat bermain dengan lebih baik terutama memastikan bahagian pertahanan lebih kental. Katanya, kemenangan 2-0 ke atas Sabah Selasa lalu, diharap menjadi sumber inspirasi untuk tampil lebih yakin dan menggentarkan lawan.

“Sentuhan jaringan Ivan Carlos yang sudah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan terus ditagih sambil dibantu pemain lain.

“Saya percaya jika prestasi konsisten dan kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan, tiga mata akan menjadi milik skuad Tok Gajah,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 1:04 AM.[1]


[1hmetro.com.my/arena/032020//554311/tga-mataok-gajah-sasar-ti

Thursday, 12 March 2020

Sentuhan Carlos terus ditagih Tok Gajah


MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my

BIARPUN prestasi Ivan Carlos tidak menentu, pengendali Pahang, Dollah Salleh tetap bangga dengan pencapaian penyerang import itu.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, tiga gol, masing-masing satu dalam setiap perlawanan membuktikan bahawa sentuhan berbisa pemain dari Brazil itu.

“Saya tak boleh cakap apa mengenai Carlos kerana prestasinya tidak konsisten kerana pada satu ketika dia dapat bermain dengan baik atau sebaliknya.

“Tapi, tiga gol yang dijaringkan setakat ini iaitu satu gol pada setiap perlawanan sudah cukup membantu dan pencapaian terbaik. Prestasi Carlos masih turun naik dan ada ketikanya seperti hilang punca.

“Tapi saya tidak nafikan sumbangannya amat besar buat pasukan seperti yang dipersembahkan ketika menewaskan Sabah 2-0, kelmarin,” katanya.

Mengulas kecederaan yang dialami kapten pasukan, Dickson Nwakaeme yang tidak diturunkan ketika Tok Gajah menewaskan Sabah, Dollah berkata, penyerang Nigeria itu pada awalnya disenaraikan dalam kesebelasan utama Namun, katanya, pada sesi pemanas badan, Nwakaeme mengalami sedikit kecederaan dan diletakkan selaku pemain simpanan.

“Disebabkan Pahang sudah mendahului Sabah 2-0, saya membuat keputusan untuk tidak menurunkan dia sebagai pemain gantian bagi mengelak kecederaan lebih serius.

“Khidmat Nwakaeme diperlukan pada perlawanan berdepan Melaka United Sabtu ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 7:01 PM.[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/553901/sentuhan-carlos-terus-ditagih-tok-gajah

Kedah buka buku baharu


SUKAN»Bola
Selasa, 10 March 2020 | 4:54pm
KAPTEN Kedah Baddrol Bakhtiar. NSTP/Amran Hamid
Kedah buka buku baharu
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Kapten Kedah Baddrol Bakhtiar mahu skuad Lang Merah segera bangkit daripada kekecewaan dan tampil positif serta bersemangat untuk memburu kemenangan pada aksi menentang skuad UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam malam esok..
                           
Pemain senior berusia 32 tahun itu berkata, kekecewaan yang dialami skuad Lang Merah selepas tewas dua kali sejak bermulanya liga musim ini tidak harus berterusan dan perlu kebangkitan segera bagi memastikan misi memburu kemenangan sulung tercapai.

"Kami perlu lupakan kekalahan kepada Terengganu FC (TFC) Sabtu lalu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini sebab liga masih panjang dan kami perlu fokus dalam memburu kemenangan,” kata Baddrol.

"Kami bertekad memberikan aksi sebaik mungkin pada perlawanan bertemu UiTM FC di mana kami memerlukan tiga mata pertama yang sangat penting bagi menaikkan lagi semangat kami untuk menghadapi cabaran pada musim ini.

"Cabaran bertemu UiTM ini tidak akan kami pandang mudah dan kami akan tetap berwaspada kerana beraksi di tempat lawan pastinya sukar memandangkan kedua-dua pasukan memerlukan tiga mata berharga.”

Baddrol menganggap dua kekalahan yang dialami Kedah akan menjadi pengajaran berguna untuk skuad bangkit pada perlawanan seterusnya.

"Sebagai pemain bola sepak, kami menggangap cabaran yang dihadapi ini memberi ruang positif untuk kami memperbaiki dan seterusnya meningkat lagi mutu permainan pada aksi seterusnya.



"Kami memohon semua penyokong Kedah supaya meneruskan keyakinan dan kekal positif dalam memberi sokongan padu untuk skuad Lang Merah pada semua baki perlawanan,” katanya.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/663928/kedah-buka-buku-baharu

Kemenangan cukup bermakna - Dollah


SUKAN»Bola
Rabu, 11 March 2020 | 10:59am

Pemain Pahang, Herold Goulan diraikan rakan sepasukan selepas menewaskan penjaga gol Sabah, Wan Muhammad Azraie pada perlawanan Liga Super 2020 di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - BERNAMA
Kemenangan cukup bermakna - Dollah
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh lega kerana anak buahnya berjaya melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah 2-0, malam tadi.
                      
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, tewas dua perlawanan berturut-turut sudah dipadam untuk kembali meletakkan skuad Tok Gajah pada landasan terbaik.

"Saya amat bersyukur kerana kami akhirnya mengutip tiga mata selepas dikecewakan dengan dua kekalahan sebelum ini. Kemenangan ini sudah pasti menyuntik semangat buat semua pemain yang diharap tampil dengan lebih yakin pada perlawanan keempat nanti.

"Secara keseluruhannya saya gembira kerana pemain begitu bersemangat untuk mengutip tiga mata dan misi itu berjaya dilakukan," katanya.

Mengulas serangan yang dilakukan Sabah di penghujung perlawanan, Dollah berkata, ia bukannya isu seperti dialami ketika tewas kepada Selangor dan PJ City FC.

Sebaliknya, katanya selepas mendahului 2-0, skuad kendaliannya itu bermain lebih berhati-hati untuk memastikan kemenangan.

"Walaupun sedikit goyah, kita turut memiliki beberapa peluang untuk menambah jaringan tetapi ia gagal diterjemahkan. Tapi saya berterima kasih kepada pemain kerana menamatkan perlawanan dengan tiga mata di laman sendiri," katanya.

Sementara itu pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto tidak menyangka skuadnya akan pulang tanpa mata kerana kunjungan skuad itu dengan misi sekurang-kurangnya mengutip satu mata selepas empat mata diraih dalam dua perlawanan.

"Saya tidak jangkakan kami tewas di sini selepas skuad ini bermain dengan begitu bagus dalam dua perlawanan. Namun, saya akur kami tidak dapat memberi saingan kepada Pahang terutama berdepan dua pertahanan yang tinggi lampai iaitu Herold Goulon dan Khalil Khamis.

"Corak permainan yang dipersembahkan bukannya karektor sebenar pasukan Sabah dan sudah pasti kekalahan ini cukup mengecewakan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, anak buahnya perlu bangkit untuk membentuk kembali persefahaman lebih mantap jika mahu terus bersaing.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/664176/kemenangan-cukup-bermakna-dollah

KL sekat JDT II


MyMetroArena
Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my
 
JOHOR Darul Ta'zim II (JDT II) gagal melakar kemenangan ketika beraksi buat pertama kali di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin selepas sekadar seri 1-1 dengan Kuala Lumpur pada pertembungan Liga Perdana, hari ini.

Skuad Merah Biru mengundang cemas di gawang gol Kuala Lumpur seawal minit keempat selepas Arif Aiman Mohd Hanapi bertindak berani apabila melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti namun hanya sipi di penjuru kanan gol ketika penjaga gol, Zamir Selamat sudah tertewas.

Sepanjang 20 minit babak pertama, penguasaan milik anak didik Rafae Gil Sanchez yang mengasak ke kubu skuad Warga Kota yang tampak kerap bermain dengan corak bertahan dan hanya sekali sekala melakukan percubaan berbahaya.

Kelibat Indra Putra Mahayuddin masih berbisa tatkala hampir membuka tirai jaringan buat Kuala Lumpur pada minit ke-24 apabila bola rembatan deras di luar kotak penalti sempat ditepis penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli.

Penantian tuan rumah mencipta jaringan hadir pada minit ke-33 selepas Fernando Rodriguez yang bijak menyusup masuk ke dalam kotak penalti sebelum mengumpan bola ke belakang dan Ramadan Saifullah Ishak yang tidak dikawal merembat bola leret menewaskan Zamir.

Keberanian Gil Sanchez mempertaruhkan dua pemain muda, Firdaus Ramli dan Feroz Baharuddin mengemudi bek tengah nyata tidak mengecewakan selepas kedua-dua pemain membentuk kombinasi mantap memastikan gawang skuad Merah Biru tidak dibolosi sehingga berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah hampir menambah jaringan pada minit ke-55 selepas Arif Aiman memberanikan diri dengan merembat bola tepat ke penjuru kanan gawang namun Zamir sempat menepis bola keluar.

Namun kedudukan 1-0 yang cuba dipertahankan tuan rumah terlerai pada minit ke-76 selepas Fakrul Aiman Aidid menanduk bola kemas berpunca daripada sepakan sudut kapten Paulo Dos Reis untuk mengikat kedudukan 1-1 dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/553611/kl-sekat-jdt-ii

Bukan hukum Safawi

SUKAN»Bola
Rabu, 11 March 2020 | 5:43pm
 
Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Bukan hukum Safawi
KUALA LUMPUR: Bukan ‘digugurkan’ susulan kontroversi yang melandanya, tetapi penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid terpaksa diketepikan untuk dua perlawanan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Penjelasan itu diberikan jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora ketika timbul persoalan sama ada tonggak musim lalu itu berdepan ‘hukuman’ sehingga tidak berada dalam pasukan pada aksi bertemu PDRM dan UiTM FC, minggu lalu.

“Kita masih menunggu penilaian mengenai tahap kecederaannya. Dia sememangnya bersemangat untuk beraksi semula.

“Tetapi kita perlu menjaga keadaannya sebaik mungkin bagi memastikan apabila dia kembali nanti, dia akan berada pada tahap yang terbaik,” katanya.

Meskipun tanpa Safawi, JDT berjaya mengatasi pertahanan kental PDRM dengan kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan lewat permainan Diogo Santo pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Terdahulu, ketiadaan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 itu dalam kesebelasan utama JDT menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Ini selepas pemain kebangsaan itu sekali lagi ‘direhatkan’ daripada membarisi kesebelasan utama ketika aksi ketiga Liga Super menentang PDRM.

Malah, pemain yang menjadi tonggak musim lalu itu turut tidak diletakkan dalam barisan pemain simpanan untuk aksi terbabit sekali gus menimbulkan persoalan sama ada dia benar benar ‘dihukum’ susulan kontroversi yang tercetus minggu lalu.

Dia juga tidak diturunkan pada aksi bertemu UiTM FC minggu lalu tetapi JDT jelas tidak ‘merindui’ pemain itu apabila berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas skuad ‘The Lion Troops’ itu.

Sebelum ini, Safawi dilihat gagal meneruskan rentak konsisten musim lalu apabila bergelut dan gagal memberikan impak seperti yang diharapkan kepada pasukannya.

Malah, kejatuhan prestasinya itu turut mendapat perhatian pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan fokus pemain itu hilang selepas dikatakan berdepan tekanan apabila didesak untuk berkahwin daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/664380/bukan-hukum-safawi

Wednesday, 11 March 2020

Tersisih dek kontroversi?


MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
BENARKAH bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bergelut dengan masalah kecederaan atau dia disisihkan ekoran isu kontroversi bersama kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin baru-baru ini?

Itu persoalan yang timbul dalam kalangan peminat bola sepak tanah air selepas kelibat Safawi langsung tidak kelihatan dalam dua aksi terakhir Liga Super termasuk di bangku simpanan JDT.

Ketiadaan pemain sayap itu jelas menjejaskan permainan skuad Harimau Selatan yang dilihat gagal meraih kemenangan selesa ke atas dua pasukan bertaraf ‘semi pro’ iaitu UiTM FC 2-1 dan PDRM FC 1-0 yang majoritinya dibarisi pelajar dan anggota polis.

Kehilangan pemain Harimau Malaya itu nyata menimbulkan tanda tanya sedangkan dia beraksi baik ketika bertemu Suwon Bluewings dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 3 Mac lalu.

Malah, dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT membenam wakil Korea Selatan itu dengan 2-1 untuk menghadiahkan tiga mata pertama kepada tuan rumah.

Bagaimanapun, sehari selepas kemenangan itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik Safawi yang dikatakan mengalami kemerosotan prestasi ekoran tekanan daripada buah hatinya yang mendesak untuk berkahwin dengan pemain itu.

Adakah ia kebetulan atau sekadar alasan, Safawi didakwa mengalami kecederaan seperti mana yang ditegaskan pengendali JDT, Benjamin Mora hingga memaksa beliau mengenepikan kelibat pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu.

“Safawi tak tahu lagi keadaannya, mungkin lagi dua minggu atau seminggu lebih lagi dan kita memantau tahap kecederaannya.

“Tapi dia adalah pemain yang sangat dahagakan kejayaan dan mahu segera kembali membantu pasukan. Dia perlu mendapatkan rawatan dengan baik dan apabila dia kembali, kita mahu dia fokus untuk pasukan,” katanya ketika ditemui sejurus tamat aksi JDT menentang PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam kelmarin.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya, beliau akui JDT perlu meningkatkan prestasi menjelang aksi berikutnya.

“Banyak situasi yang dihadapi JDT. Salah satunya ialah pihak lawan cuba mengkaji cara permainan pemain JDT. Mereka sentiasa mencuba untuk memberikan sesuatu yang lebih baik berbanding kebiasaan.

“Ia perkara normal kerana JDT pasukan juara dan mahu ditewaskan,” katanya yang menyaksikan skuad kendaliannya terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk meraih gol kemenangan hasil ledakan Diogo.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 6:01 AM

Di mana Safawi?


SUKAN»Bola
Selasa, 10 March 2020 | 10:04pm
 
Adakah Safawi sudah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama?
Di mana Safawi?
KUALA LUMPUR: Adakah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019, Safawi Rasid sudah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT)?

Persoalan itu timbul selepas pemain kebangsaan itu sekali lagi ‘direhatkan’ daripada membarisi kesebelasan utama menentang PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Malah, pemain yang menjadi tonggak musim lalu itu tidak diletakkan dalam barisan pemain simpanan untuk aksi malam ini sekali gus menimbulkan persoalan sama ada dia benar-benar ‘dihukum’ susulan kontroversi yang tercetus minggu lalu.

Dia juga tidak diturunkan pada aksi bertemu UiTM FC, minggu lalu tetapi JDT jelas tidak ‘merindui’ pemain itu apabila berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas skuad ‘The Lion Troops’ itu.

Namun, difahamkan pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan sekali gus memaksa dia diketepikan.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/664082/di-mana-safawi

Tuesday, 10 March 2020

Kembara tangguh lagi..

MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 
PENULARAN wabak Covid-19 di seluruh dunia turut memberi kesan kepada penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin yang mungkin terpaksa menangguhkan pemergiannya ke benua Eropah.

Luqman, 18, yang sepatutnya terbang ke Cardiff City FC bulan lalu sebagai persediaan awal sebelum menyertai kelab Liga Satu Belgium, KV Kortrijk dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ekoran wabak itu.

Bagaimanapun, dengan perkembangan terkini yang dilihat semakin meruncing terutama di benua Eropah, Luqman terpaksa menangguhkan lagi hajatnya hingga ke satu tarikh yang belum pasti.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon, penyerang kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu ketika ini masih menjalani latihan bersama pasukan Selangor II bagi memastikan kecergasannya di tahap terbaik.

“Akhir bulan lalu dia sepatutnya berlepas ke Cardiff tetapi pihak Cardiff menasihatkan supaya jangan sebab isu Covid-19 yang melanda Eropah adalah serius dan akan beri risiko kepada Luqman. Kami pun terima kalau Cardiff tak galakkan dia pergi dan dia hanya akan terus pergi ke Belgium pada penghujung bulan ini.

“Tapi itulah dekat Eropah pun sekarang isu Covid-19 tengah meluas, jadi kita tak boleh nak kata apa sebab mungkin tertangguh lagi. Tapi sebab nak masuk musim bunga, mungkin masalah ini akan kurang sikit,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, pemilik kelab KV Kortrijk yang juga ahli perniagaan dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan tertarik dengan kebolehan yang ada pada Luqman dan menawarkan kontrak profesional selama lima tahun kepadanya.


DR JOHAN KAMAL HAMIDON
Berdasarkan perancangan awal, Luqman sepatutnya menjalani latihan selama tiga bulan di Cardiff City sebagai persediaan sebelum ke KV Kortrijk, namun pemergiannya tertangguh sebanyak dua kali termasuk kegagalan mendapatkan visa serta isu Covid-19.

Kata Dr Johan, walaupun Luqman masih ‘tersangkut’, beliau memuji sikap pemain skuad bawah 19 tahun negara itu yang komited dan berdisiplin dalam latihan setiap hari.

“Sudah tentu Luqman dah tak sabar nak pergi ke luar negara sebagai pemain profesional dan dia memang teruja nak beraksi di sana. Komitmen dan semangat dia masih membuak-buak dan membara. Dia sedar bukan senang beraksi di sana dan sebab itu dia berusaha keras kerana pergi bukan untuk bercuti.

“Kami pun gembira ada pemain macam dia yang memiliki mental dan karakter yang sangat baik dan saya harap dia kekalkan sikap sama apabila berada di sana nanti,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 6:01 AM.[1]



[1]https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/553242/kembara-tangguh-lagi