SUKAN»Bola
Rabu, 11 March 2020 | 10:59am
Pemain Pahang, Herold Goulan
diraikan rakan sepasukan selepas menewaskan penjaga gol Sabah, Wan Muhammad
Azraie pada perlawanan Liga Super 2020 di Stadium Darul Makmur, malam tadi. -
BERNAMA
Kemenangan cukup bermakna -
Dollah
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Pengendali Pahang,
Dollah Salleh lega kerana anak buahnya berjaya melakar kemenangan pertama dalam
saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah 2-0, malam tadi.
Bekas pemain kebangsaan itu
berkata, tewas dua perlawanan berturut-turut sudah dipadam untuk kembali
meletakkan skuad Tok Gajah pada landasan terbaik.
"Saya amat bersyukur kerana
kami akhirnya mengutip tiga mata selepas dikecewakan dengan dua kekalahan
sebelum ini. Kemenangan ini sudah pasti menyuntik semangat buat semua pemain
yang diharap tampil dengan lebih yakin pada perlawanan keempat nanti.
"Secara keseluruhannya saya
gembira kerana pemain begitu bersemangat untuk mengutip tiga mata dan misi itu
berjaya dilakukan," katanya.
Mengulas serangan yang dilakukan
Sabah di penghujung perlawanan, Dollah berkata, ia bukannya isu seperti dialami
ketika tewas kepada Selangor dan PJ City FC.
Sebaliknya, katanya selepas
mendahului 2-0, skuad kendaliannya itu bermain lebih berhati-hati untuk
memastikan kemenangan.
"Walaupun sedikit goyah,
kita turut memiliki beberapa peluang untuk menambah jaringan tetapi ia gagal
diterjemahkan. Tapi saya berterima kasih kepada pemain kerana menamatkan
perlawanan dengan tiga mata di laman sendiri," katanya.
Sementara itu pengendali Sabah,
Kurniawan Dwi Yulianto tidak menyangka skuadnya akan pulang tanpa mata kerana
kunjungan skuad itu dengan misi sekurang-kurangnya mengutip satu mata selepas
empat mata diraih dalam dua perlawanan.
"Saya tidak jangkakan kami
tewas di sini selepas skuad ini bermain dengan begitu bagus dalam dua
perlawanan. Namun, saya akur kami tidak dapat memberi saingan kepada Pahang
terutama berdepan dua pertahanan yang tinggi lampai iaitu Herold Goulon dan
Khalil Khamis.
"Corak permainan yang
dipersembahkan bukannya karektor sebenar pasukan Sabah dan sudah pasti
kekalahan ini cukup mengecewakan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata,
anak buahnya perlu bangkit untuk membentuk kembali persefahaman lebih mantap
jika mahu terus bersaing.[1]
No comments:
Post a Comment