MyMetroArena
Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my
PENGENDALI Suwon Bluewings, Lee
Lim-saeng mengakui terkejut dengan corak permainan kemas Johor Darul Ta'zim
selepas tewas 1-2 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium
Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.
Jelasnya corak permainan yang
ditampilkan anak didik Benjamin Mora berbeza ketika pasukan itu tewas 1-5 ke
atas kelab dari Jepun, Vissel Kobe dan pemainnya juga terperangkap dengan helah
permainan skuad Harimau Selatan.
“JDT begitu tersusun corak
permainan mereka malah kami juga tidak beraksi dengan baik pada aksi babak
pertama dan ketika kami ketinggalan 0-1, pemain saya cuba untuk beri tekanan
namun benteng JDT begitu kemas bertahan.
“Kami bangkit dengan gol
penyamaan sebaik babak kedua bermula dan memberi tekanan terhadap JDT menerusi
gerakan serangan pantas namun JDT kembali menjaringkan gol hasil gerak susun
ketika benteng saya agak leka.
“Apapun saya tidak mahu
menyalahkan pemain selepas kita tewas dalam perlawanan itu. Ini pertama kali
kami beraksi dalam keadaan cuaca panas yang menjejaskan rentak permainan kami
dan pemain tampak keletihan," katanya.
Pada aksi itu Gonzalo Cabrera
membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-13 tapi tempoh 10
minit babak kedua bermula, Suwon Bluewings bangkit menyamakan jaringan oleh
Terry Antonis.
Namun kelibat pemain terbaik
Piala Sumbangsih, Mauricio Nascimto muncul wira buat JDT selepas menanduk masuk
pada minit ke-73 bagi memastikan kemenangan bergaya skuad Harimau Selatan.
Ditanya sama ada keputusan
pengadli perlawanan Alireza Faghani tepat selepas menghadiahkan sepakan kepada
JDT, Lim-saeng menegaskan beliau tidak nampak apa yang berlaku dan akan
menganalisa rakaman video.
Saya tidak nampak apa yang
berlaku. Perlu rujuk rakaman video dan apa juga keputusan pengadil perlawanan,
kami perlu menghormatinya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 4 Mac 2020 @ 8:14 PM.[1]
No comments:
Post a Comment