SUKAN»Bola
Rabu, 11 March 2020 | 5:43pm
Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Bukan hukum Safawi
KUALA LUMPUR: Bukan ‘digugurkan’ susulan kontroversi yang melandanya, tetapi penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid terpaksa diketepikan untuk dua perlawanan kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Penjelasan itu diberikan jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora ketika timbul persoalan sama ada tonggak musim lalu itu berdepan ‘hukuman’ sehingga tidak berada dalam pasukan pada aksi bertemu PDRM dan UiTM FC, minggu lalu.
“Kita masih menunggu penilaian mengenai tahap kecederaannya. Dia sememangnya bersemangat untuk beraksi semula.
“Tetapi kita perlu menjaga keadaannya sebaik mungkin bagi memastikan apabila dia kembali nanti, dia akan berada pada tahap yang terbaik,” katanya.
Meskipun tanpa Safawi, JDT berjaya mengatasi pertahanan kental PDRM dengan kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan lewat permainan Diogo Santo pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Terdahulu, ketiadaan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 itu dalam kesebelasan utama JDT menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.
Ini selepas pemain kebangsaan itu sekali lagi ‘direhatkan’ daripada membarisi kesebelasan utama ketika aksi ketiga Liga Super menentang PDRM.
Malah, pemain yang menjadi tonggak musim lalu itu turut tidak diletakkan dalam barisan pemain simpanan untuk aksi terbabit sekali gus menimbulkan persoalan sama ada dia benar benar ‘dihukum’ susulan kontroversi yang tercetus minggu lalu.
Dia juga tidak diturunkan pada aksi bertemu UiTM FC minggu lalu tetapi JDT jelas tidak ‘merindui’ pemain itu apabila berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas skuad ‘The Lion Troops’ itu.
Sebelum ini, Safawi dilihat gagal meneruskan rentak konsisten musim lalu apabila bergelut dan gagal memberikan impak seperti yang diharapkan kepada pasukannya.
Malah, kejatuhan prestasinya itu turut mendapat perhatian pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan fokus pemain itu hilang selepas dikatakan berdepan tekanan apabila didesak untuk berkahwin daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin.[1]
No comments:
Post a Comment