Ad

Wednesday, 4 March 2020

Saya tak pernah kongkong, minta duit dia' - Syifa Melvin


MyMetroUtama
 
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my
PELAKON Syifa Melvin menafikan dia menjadi punca kepada kemerosotan prestasi bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga kekasihnya, Safawi Rasid.

Syifa ketika dihubungi berkata, selama ini dia menjaga Safawi dengan baik kerana tidak mahu kerjaya pemain berstatus bintang itu terjejas seperti dulu apabila sering dikaitkan dengan isu skandal bersama selebriti.

Saya tidak pernah mengongkongnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kariernya terjejas,” katanya kepada Harian Metro.

Syifa berkata, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu ‘angkat kaki’ dan memilih untuk tidak bersamanya.

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan buruk,” katanya.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendakwa kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekanan daripada Syifa untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin berkata, dia sedih apabila dituduh menjadi penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini selain mendesak Safawi berkahwin hingga dia hilang fokus.

Dia juga dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri. Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal saya macam mana.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar. Dia mempunyai 13 orang adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi. Namun, dalam setiap perhubungan pasti ingin berakhir dengan perkara yang baik dan halal. Sebenarnya perancangan untuk berkahwin dia yang suarakan dulu selepas hubungan kami mula serius,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka sedang mempunyai masalah tahun lalu.

“Dia masih muda dan mungkin tidak cukup kuat untuk lalui perkara ini. Namun, saya percaya apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran terbaik untuk dirinya,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 5:29 PM.

No comments:

Post a Comment