MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
SAFAWI Rasid memohon maaf di atas
prestasi merudumnya sepanjang tiga aksi musim ini kepada seluruh penyokong
skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan
Ibrahim.
Dia yang ditegur Tunku Ismail
susulan kejatuhan prestasi dikatakan sedang hangat bercinta dengan kekasihnya
yang juga pelakon Syifa Melvin.
Menurut Tunku Ismail, Safawi
hilang fokus hingga mengganggu persembahannya di dalam padang kerana tertekan
dengan desakan Syifa yang mahu berkahwin.
Bagaimanapun, menerusi satu
posting yang dimuat naik Safawi di laman Instagramnya, pemain yang memiliki tendangan
kaki kiri cukup padu itu berjanji akan memperbaiki prestasinya selepas ini.
Walaupun tidak mendedahkan punca
sebenar mengapa dia gagal memberikan aksi terbaik, namun tonggak kelahiran
Dungun, Terengganu itu tetap memohon maaf dan mengakui tanpa sokongan penyokong
dia tidak akan ke mana-mana.
“Dalam masa yang sama, saya ingin
minta maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi
saya.
“InsyaAllah perlawanan berikutnya
saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk pasukan. Tanpa ada sokongan dari anda
semua, belum tentu saya boleh berada pada tahap ini,” luah Safawi di laman
Instagramnya.
Arena Metro cuba menghubungi
pemain kebangsaan itu namun gagal apabila rakannya memaklumkan Safawi enggan
ditemubual.
Sebelum ini, hubungan istimewa
antara Safawi dan Syifa tidak perlu dirahsiakan lagi apabila pelaon itu pernah
beberapa kali mendedahkan tentang hubungan cintanya bersama pemain JDT itu.
Malah, terbaru pada Januari lalu
ketika menyambut hari kelahiran Syifa, pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai
(MVP) tahun lalu itu dikatakan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk
cincin kepada kekasihnya itu.
Tindakan Safawi itu menguatkan
lagi spekulasi bahawa pasangan itu kemungkinan bakal melangkah ke fasa lebih
serius selepas ini.
Begitupun, aksi merudum Safawi
ketika ini nyata tidak disenangi oleh Tunku Ismail yang mendakwa pemain
kebangsaan itu tertekan kerana dipaksa berkahwin dengan Syifa.
Malah, Tunku Ismail turut
mendedahkan pelakon berkenaan hanya mahu menumpang dia atas kekayaan dan
populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.
Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 4 Mac 2020 @ 2:43 PM.[1]
No comments:
Post a Comment