SUKAN»Bola
Selasa, 10 March 2020 | 4:54pm
KAPTEN Kedah Baddrol Bakhtiar.
NSTP/Amran Hamid
Kedah buka buku baharu
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Kapten Kedah Baddrol
Bakhtiar mahu skuad Lang Merah segera bangkit daripada kekecewaan dan tampil
positif serta bersemangat untuk memburu kemenangan pada aksi menentang skuad
UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam malam esok..
Pemain senior berusia 32 tahun
itu berkata, kekecewaan yang dialami skuad Lang Merah selepas tewas dua kali
sejak bermulanya liga musim ini tidak harus berterusan dan perlu kebangkitan
segera bagi memastikan misi memburu kemenangan sulung tercapai.
"Kami perlu lupakan
kekalahan kepada Terengganu FC (TFC) Sabtu lalu dan Johor Darul Ta’zim (JDT)
sebelum ini sebab liga masih panjang dan kami perlu fokus dalam memburu
kemenangan,” kata Baddrol.
"Kami bertekad memberikan
aksi sebaik mungkin pada perlawanan bertemu UiTM FC di mana kami memerlukan
tiga mata pertama yang sangat penting bagi menaikkan lagi semangat kami untuk
menghadapi cabaran pada musim ini.
"Cabaran bertemu UiTM ini
tidak akan kami pandang mudah dan kami akan tetap berwaspada kerana beraksi di
tempat lawan pastinya sukar memandangkan kedua-dua pasukan memerlukan tiga mata
berharga.”
Baddrol menganggap dua kekalahan
yang dialami Kedah akan menjadi pengajaran berguna untuk skuad bangkit pada
perlawanan seterusnya.
"Sebagai pemain bola sepak,
kami menggangap cabaran yang dihadapi ini memberi ruang positif untuk kami
memperbaiki dan seterusnya meningkat lagi mutu permainan pada aksi seterusnya.
"Kami memohon semua
penyokong Kedah supaya meneruskan keyakinan dan kekal positif dalam memberi
sokongan padu untuk skuad Lang Merah pada semua baki perlawanan,” katanya.[1]
No comments:
Post a Comment