SUKAN»Bola
Selasa, 10 March 2020 | 10:04pm
Adakah Safawi sudah kehilangan
tempat dalam kesebelasan utama?
Di mana Safawi?
KUALA LUMPUR: Adakah Pemain
Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019, Safawi Rasid
sudah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT)?
Persoalan itu timbul selepas
pemain kebangsaan itu sekali lagi ‘direhatkan’ daripada membarisi kesebelasan
utama menentang PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.
Malah, pemain yang menjadi
tonggak musim lalu itu tidak diletakkan dalam barisan pemain simpanan untuk
aksi malam ini sekali gus menimbulkan persoalan sama ada dia benar-benar
‘dihukum’ susulan kontroversi yang tercetus minggu lalu.
Dia juga tidak diturunkan pada
aksi bertemu UiTM FC, minggu lalu tetapi JDT jelas tidak ‘merindui’ pemain itu
apabila berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas skuad ‘The Lion Troops’ itu.
Namun, difahamkan pemain berusia
23 tahun itu mengalami kecederaan sekali gus memaksa dia diketepikan.[1]
No comments:
Post a Comment