Ad

Saturday 14 March 2020

Nwakaeme bantu Pahang atasi Melaka

SUKAN»Bola
Sabtu, 14 March 2020 | 11:30pm
AKSI pemain Melaka, Romel Morales (kiri) melepasi kawalan pertahanan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, sebentar tadi. - Foto Nazri Abu Bakar
Nwakaeme bantu Pahang atasi Melaka
Oleh Nazri Abu Bakar

MELAKA: Jaringan tunggal Dickson Nwakaeme membantu Pahang mengatasi Melaka 1-0 pada aksi Liga Super  di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Bagaimanapun,  keazaman tinggi barisan tuan rumah untuk meraih tiga mata terserlah menerusi usaha gigih mereka merobek gawang pelawat sebaik sepak mula.

Namun percubaan penyerang importnya Uche Agba berjaya ditepis penjaga gol Ahmad Sarbinee Allawee pada minit kelapan sementara pemain kelahiran Nigeria itu pula gagal menolak mudah bola kedalam jaring selepas menerima hantaran lintang Sony Norde pada minit ke-19.

Peluang terbaik pelawat mendahului Melaka hadir pada minit ke-33 namun rembatan kencang Faizal Halim tersasar ke kiri gawang tuan rumah.

Pahang yang lebih banyak menguasai babak pertama bagaimanapun gagal menembusi kubu Hang Tuah yang kukuh dikawal bekas penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.

Babak kedua memperlihatkan perubahan drastik skuad Hijau Putih namun dua percubaan Norde pada minir ke-46 dan 47 gagal diterjemah dengan jaringan.


AKSI Melaka (hijau) ketika berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. - Foto Nazri Abu Bakar
Akhirnya, Pahang berjaya menjaringkan gol kemenangan mereka menerusi rembatan pemain gantian Nwakaeme pada minit ke-67 untuk kemenangan kedua berturut-turut.

Gol tunggal hasil hantaran Ivan Carlos itu cukup buat skuad kendalian Dollah Salleh pulang ceria walaupun Carlos yang turut memiliki peluang menambah jaringan kedua hanya merembat tinggi peluang terhidang pada minit ke-78 perlawanan.

Kekalahan kedua Hijau Putih selepas kecundang di tangan FELDA United Rabu lalu memberi gambaran skuad terbabit perlu bangkit selepas ini.

Keterangan gambar

Pix1- Aksi pemain Melaka, Romel Morales (hijau) melepasi kawalan  pertahanan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.FOTO NAZRI ABU BAKAR

Pix 2- Aksi Melaka (hijau) ketika berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.FOTO NAZRI ABU BAKAR.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/665423/nwakaeme-bantu-pahang-atasi-melaka

No comments:

Post a Comment