Ad

Monday 9 March 2020

Nazmi buat Safawi dilupakan

SUKAN»Bola
Ahad, 8 March 2020 | 8:34pm

PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor. - Foto Hairul Anuar Rahim
Nazmi buat Safawi dilupakan
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my
JOHOR BAHRU: Penjaring gol kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor enggan diangkat sebagai wira pasukan itu apabila jaringannya memastikan  kemenangan 2-1 menewaskan UiTM FC pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri, semalam.
                              
Malah dia menganggap kemenangan yang diraih hasil kerjasama berpasukan dan tidak mungkin dia dapat melakukan bersendirian tanpa sokongan rakan sepasukan sepanjang 90 minit perlawanan.


Namun dia mengakui persembahan kurang konsisten menjejas rentak permainan.

"Di awal 15 minit babak pertama beraksi dengan baik.  Tapi selepas kita menjaringkan gol untuk mendahului UiTM FC 1-0, rentak permainan kami mula perlahan dan kerap hilang bola. Situasi itu menjejaskan rentak permainan sebenar JDT.

'Apa  yang boleh saya katakan, kita akan perbaiki lagi kelemahan sepanjang perlawanan itu biarpun meraih tiga mata namun kita tidak boleh cepat berpuas hati kerana banyak lagi harus diperbaiki untuk memantapkan corak permainan, " katanya.

Dalam perlawanan itu, Nazmi Faiz beraksi di posisi sayap kanan bagi menggantikan Safawi Rasid yang direhatkan dan persembahan pemain itu tampak tidak kekok tatkala kerap melakukan gerakan berbahaya yang mengundang cemas di benteng skuad The Lion Troops.

Apapun dia tampak tidak kekok untuk beraksi di posisi itu malah begitu teruja selepas tersenarai dalam kesebelasan utama dan ia penampilan kedua buat dirinya beraksi dalam perlawanan kompetitif selepas diturunkan kerika menentang Suwon Bluewings pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), baru-baru ini

"Tidak kisah posisi mana yang diarahkan oleh jurulatih (Benjamin Mora), yang penting berada dalam skuad utama dan komited 100 peratus dalam perlawanan itu.

"Saya bersyukur kerana dapat membantu JDT meraih kemenangan namun saya tidak boleh cepat berpuas hati dan perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya untuk aksi seterusnya," kata Nazmi.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/663273/nazmi-buat-safawi-dilupakan

No comments:

Post a Comment