MyMetroArena
Rizar Mohd
Noorsukan@hmetro.com.my
KEUPAYAAN barisan pemain muda
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengikat Gyeongnam FC 1-1 dalam aksi Kumpulan E Liga
Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru
malam tadi mendapat pujian jurulatih Benjamin Mora.
Mora menegaskan kelibat Afiq
Fazail dan Nazmi Faiz Mansor yang di posisi tengah manakala Safawi Rasid selaku
sayap kanan dan Adam Nor Azlin mengemudi benteng pertahanan mempamer aksi
menakjubkan.
Katanya, walaupun menentang kelab
ternama dari Republik Korea namun pemain muda JDT nyata tidak gugup sebaliknya
begitu matang beraksi dengan corak permainan pantas dan sentiasa menutup ruang
buat pemain skuad kendalian Kim Jong-po bergerak.
"Safawi sering mengundang
cemas kepada benteng lawan dan saya tidak nafikan dia pemain muda yang
dahagakan kejayaan. Apapun dia akan belajar dan terus belajar untuk lebih
mantap kerana bagi saya dia adalah pemain muda terbaik di negara ini.
"Jika dia tidak melakukan
percubaan untuk mencari gol, dia tidak akan belajar dan saya suka pemain
seperti itu yang begitu bersemangat dan kami perlu beri sokongan kepadanya
untuk meneruskan usaha menjadi pemain yang lebih baik.
"Malah saya gembira denga corak
permainan Afiq (Fazail), Nazmi (Faiz Mansor) dan Adam (Nor Azlin) yang
mengetepikan faktor usia muda dan bersaing dengan pemain lawan yang memiliki
pengalaman bukan sahaja dalam saingan liga tempatan mereka malah pentas
antarabangsa," katanya.
Mengulas pertukaran Farizal
Marlias yang mengalami kecederaan ketika sesi memanas badan, Mora mengakui
tidak panik dengan insiden menimpa penjaga gol Harimau Selatan sebaliknya yakin
dengan pengganti Farizal iaitu Izham Tarmizi Roslan yang beraksi cemerlang pada
aksi itu.
Beliau berkata, persiapan yang
dilakukan untuk mengemudi gawang gol bukan tertumpu kepada Farizal sahaja malah
ia membabitkan Izham yang beri persembahan terbaik walaupun tersenarai pada
saat akhir.
"Saya berbincang dengan
Lucho (Luciano Figueroa) dan kami mengambil keputusan untuk meletak Izham
selaku penjaga gol utama pada perlawanan itu.
Ternyata dia memberi komitmen
tinggi dan berjaya menidakkan beberapa percubaan berbahaya."Mungkin rezeki
tidak memihak kami untuk menang dalam perlawanan itu selepas beberapa percubaan
terkena tiang dan palang gol.
Namun saya berterima kasih kepada
pemain yang tampil dengan corak permainan luar biasa dan satu mata cukup
bernilai bagi kami," katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 13 Mac 2019 @ 3:49 PM[1]
No comments:
Post a Comment