Oleh NAN
HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
PASUKAN
Harimau Muda yang akan menggalas cabaran negara pada Sukan SEA di Myanmar bulan
depan.
PENGENDALI
Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee menuntut kekuatan mental anak-anak buahnya
bagi berdepan sebarang provokasi yang cuba dicetuskan tuan rumah Sukan SEA
2013, Myanmar.
Belum pun
sepak mula Kumpulan A temasya dwitahunan itu berlangsung di Stadium
Zayyarthiri, Nay Pyi Taw pada 10 Disember depan, skuad kendalian Kim Swee
dilihat telah diduga terlebih awal apabila perlu beraksi seawal pukul 3 petang
(waktu Myanmar) dalam kesemua aksi peringkat kumpulan.
Justeru, Kim
Swee mahu barisan pemainnya supaya tidak terlalu selesa dengan reputasi selaku
juara bertahan memandangkan apa jua provokasi boleh berlaku di bumi Myanmar
nanti.
“Kalau tiada
baguslah... cuma saya mahu pemain bersedia pada bila-bila masa.
“Walaupun
belum tentu ada (perang psikologi), anggap sahaja provokasi sedemikian wujud
dan menanti kami di Myanmar nanti.
“Sekurang-kurangnya,
ia akan membantu menguatkan mental pemain sepanjang di sana,” katanya kepada
Kosmo! semalam.
Pada masa
sama, Kim Swee juga tidak menolak kemungkinan kehilangan sebahagian besar
pemain skuad 2011 kali ini.
“Dengan
krisis kecederaan pemain ketika ini, mungkin ramai pemain lama terpaksa
digugurkan kali ini.
“Namun, saya
enggan terburu-buru membuat keputusan berhubung senarai akhir 20 pemain ke
Myanmar dan ia hanya akan ditentukan selewat-lewatnya 5 Disember depan,” jelas
beliau.
Kim Swee
memberitahu, skuad kendaliannya juga bakal berdepan sekurang-kurangnya dua aksi
persahabatan kompetitif termasuk menguji kelab divisyen Jepun, FC Ryukyu
sebelum ‘terbang’ ke Myanmar kelak.
Dalam aksi
Kumpulan A nanti, Harimau Muda A diundi bersama Brunei, Laos, Singapura dan
Vietnam.
Finalis
2011, Indonesia pula diundi bersama tuan rumah, Myanmar bersama Thailand, Timor
Leste dan Kemboja dalam Kumpulan B.
Rujukan:http://www.kosmo.com.my/kosmo. 18.11.13
No comments:
Post a Comment