Ad

Tuesday 19 November 2013

Harimau Muda perkuat mental

SKUAD Harimau Muda A dalam misi memburu pingat emas ketiga berturut-turut pada temasya Sukan SEA di Myanmar bulan depan.

SKUAD Harimau Muda A akan menghadiri sesi motivasi selama empat hari bermula 27 November ini di Johor Bahru, Johor sebelum ke Myanmar dalam misi mempertahan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sepanjang berada di Johor, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal menjalani sesi kaunseling bersama pakar motivasi selain mengadakan perlawanan persahabatan.

"Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PNBJ) bersetuju mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Muda A, namun saya tidak pasti sama ada pasukan Johor Darul Takzim I atau II yang akan dihadapi mereka pada 29 November ini.

"Kita bersetuju menghantar skuad berkenaan untuk sesi motivasi berkenaan selepas mengadakan perbincangan bersama Kim Swee," katanya.

Hamidin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar pengumuman Kejohanan Bola Sepak Juara Sekolah 100PLUS Piala Super Bawah 17 tahun peringkat kebangsaan 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Skuad Bawah 23 tahun negara itu juga bakal diuji oleh kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu pada aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 4 Disember sebelum bertolak ke Myanmar tiga hari kemudian.

Dalam pada itu, Hamidin menegaskan, FAM sentiasa bekerjasama rapat dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi memantau kecederaan yang kerap melanda pemain Harimau Muda A."Kita sentiasa mengadakan perbincangan bersama (Ketua Pegawai Eksekutif) ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz mengenai perkara ini (kecederaan pemain).

SKUAD Harimau Muda A dalam misi memburu pingat emas ketiga berturut-turut pada temasya 
Sukan SEA di Myanmar 
RUJUKAN:http://www.kosmo.com.my/kosmo. 20.11.2013

No comments:

Post a Comment