Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN -dayne.ghazali@utusan.com.my
Andik Vermansyah (tengah) menerima jersi
Selangor daripada Rosman Mohd. Ibrahim (kanan) dalam satu majlis ringkas di
Jakarta, semalam.
KUALA LUMPUR - Bintang negara
jiran yang terkenal dengan gelaran 'Messi' Indonesia, Andik Vermansyah bakal
memperkuatkan cabaran Selangor bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim
2014.
Setiausaha Agung Persatuan Bola
Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd. Ibrahim berkata, pemilihan Andik untuk
mengisi kuota import benua Asia dibuat setelah melihat potensi besar yang ada
pada pemain yang berasal dari Jawa Timur itu.
Bintang tengah Indonesia itu
dipercayai mampu membantu Selangor kembali berada dalam kelompok pasukan yang
disegani.
Walaupun bertubuh kecil,
kepantasan yang dimiliki pemain berusia 22 tahun itu akan menjadi aset berharga
kepada jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic.
''Andik adalah pemain yang
kental dan pantas, malah dia ada teknik kawalan bola yang begitu baik kerana
mampu menjaringkan gol dari bahagian sayap.
''Saya yakin Andik mampu
menyinar bersama Selangor dan dijangka menjadi salah seorang pemain utama Red
Giants musim depan, " katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Andik yang dianggap ikon bola
sepak di negaranya, beraksi bersama Persebaya. Dia mempunyai pengalaman
menjalani latihan di luar negara bersama kelab Liga Utama Kebangsaan (MLS)
Amerika Syarikat, D.C United dan kelab Liga Jepun (Liga-J), Ventforet Kofu
tetapi gagal meraih tempat.
Salah satu fakta menarik
mengenai Andik, dia diletak sebagai antara 10 pemain terbaik Asia yang diramal
mempunyai potensi besar untuk meningkat.Rosman dalam masa sama mengingatkan
peminat Selangor agar jangan meletak beban berlebihan kepada Andik kerana
pemain ini masih muda.''Andik seorang yang cukup merendah diri dan mohon semua
pihak agar melihat prestasi dia terlebih dahulu serta jangan terlalu
mengagung-agungkan dia.''Saya mohon dia dilayan seperti pemain lain dan tidak
perlu diberi layanan terlalu istimewa atau bertaraf bintang, " katanya.Selain
Andik, Selangor sudah menyambar dua bintang Brazil, Paolo Rangel dan Junior
Aparecido.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131201/su_03/Selangor-sambar-Messi#ixzz2mAqwH6lf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment