PEMAIN-pemain
Portugal meraikan kejayaan mengalahkan Sweden 3-2 pada playoff kedua Piala
Dunia di Solna, berhampiran Stockholm, semalam, sekali gus layak ke pusingan
akhir di Brazil 2014 menerusi agregat 4-2. - AGENSI
SOLNA,
Sweden - Hatrik menakjubkan daripada Cristiano Ronaldo membawa Portugal ke
Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut selepas menumpaskan Sweden 3-2
pada perlawanan playoff kedua semalam, sekali gus mara dengan agregat 4-2.
Bintang Real
Madrid itu meledak kesemua empat gol Portugal dalam dua saingan playoff apabila
turut menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika mereka menang 1-0 di Lisbon
minggu lalu.
Persembahan
hebat Ronaldo menenggelamkan bintang penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic yang
turut cemerlang mencetak dua gol di Solna, tetapi tiada apa yang mampu
dilakukan untuk membawa pasukannya ke Brazil tahun depan.
Ronaldo, 28,
yang kini menjadi calon terbaik untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia
FIFA, Ballon DOr atas peranan besar yang
dimainkan bersama negara dan kelab muncul penjaring
terbanyak Portugal sepanjang zaman dengan mengumpul 50 gol, tiga gol mengatasi
rekod milik Pedro Pauleta.
Pemain yang
mencipta hatrik dalam perlawanan seperti ini, sudah tentu sangat berpengaruh
dan mampu menentukan keputusan akhir.
Pada babak
kedua, kami membuktikan kami adalah pasukan yang lebih baik dengan mencipta
banyak masalah kepada lawan.
Selepas
mendahului 1-0, kami seakan-akan hilang arah seketika dan membenarkan lawan
memperoleh dua gol dalam situasi bola mati, tetapi kami menunjukkan reaksi
segera.
Kemenangan
ini cukup adil. Pada kedudukan 2-2, kami lebih tenang dan hasilnya kami berjaya
menambah gol ketiga," kata jurulatih Portugal, Paulo Bento kepada stesen
radio RTP, semalam.
Bento turut
menambah, melihat kepada siri percubaan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan
pemain-pemainnya, ia adalah adil buat mereka berjaya memenangi perlawanan ini,
sekali gus melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.
Selepas
sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan pertama dan mengharungi
45 minit babak pertama dengan keputusan 0-0, Ronaldo akhirnya merubah rentak
permainan apabila meletakkan pasukannya di depan hanya lima minit selepas
separuh masa kedua bersambung.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20131121/sl_01/Hatrik-Ronaldo-bawa-Portugal-ke-Brazil#ixzz2lERw8vPs
© Utusan
Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment