1.IBU BAPA NABI MUHAMMAD SAW
Ketika tentera Abrahah menceroboh Kota Mekah umur Abdullah bapa Nabi Muhammad SAW sudah 24 tahun dan sudah tiba masa untuk dikahwinkan. Pilihan Abdul Mutalib jatuh kepada Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhra, pemimpin suku Zuhra ketika itu. Abdul Mutalib dan anaknya menemui Wahab untuk melamar puterinya. Pada hari perkahwinan Abdullah dengan Aminah, Abdul Mutalib juga berkahwin dengan Hala, anak bapa saudaranya. Dari perkahwinan itu lahirlah Hamzah, bapa saudara Nabi dan seusia dengan Nabi Muhammad SAW.
Selepas berkahwin Abdullah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai dengan adat kebiasaan Arab bila perkahwinan dilangsungkan di rumah keluarga pengantin perempuan. Selepas itu mereka berpindah ke rumah keluarga Abdul Mutalib. Abdullah kemudiannya berdagang ke Syria dengan meninggalkan isteri yang dalam keadaan hamil.
Abdullah ke Syam, dalam perjalanan Abdullah singgah di Gaza. Kemudian Abdullah singgah di Madinah tempat tinggal saudara-saudara ibunya. Abdullah kemudiannya jatuh sakit di Madinah. Kawan-kawan Abdullah yang pulang ke Mekah menyampaikan berita sakitnya itu kepada ayahnya setelah mereka sampai di Mekah. Setelah mendapat berita tersebut Abdul Mutalib menghantar anak sulungnya Harith ke Madinah supaya membawa Abdullah pulang ke Mekah apabila sudah sembuh. Tetapi sesampainya di Madinah Abdullah sudah meninggal dunia. peninggalan Abdullah ialah lima ekor unta, sekelompok ternakan kambing dan seorang budak perempuan Umm Ayman yang kemudiannya menjadi pengasuh Nabi.[1]
[1]Muhammad Husain Haekal, Sejarah Hidup Nabi Muhammad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1981, hlm.53.
No comments:
Post a Comment