AIZAWATI
AHMAD sukan@utusan.com.my
SAFEE Sali
meraikan kemenangan Selangor ketika menyarung jersi pasukan Merah Kuning dalam
saingan Liga Super pada Februari, 2011.
KUALA LUMPUR
- Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kecewa dengan tindakan Safee Sali membuat
pusingan U apabila membatalkan keputusan untuk kembali ke pangkuan pasukan Red
Giants, sebaliknya memilih untuk kekal bersama Johor Darul Takzim (Johor DT).
Timbalan
Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, penyerang kebangsaan itu telah
menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi Selangor dalam pertemuan dengannya
dua minggu lalu, sebelum menukar fikiran pada saat akhir.
Walaupun
mengakui kecewa dengan tindakan pemain berusia 29 tahun itu, namun FAS secara
'gentleman' menerima keputusan Safee dan mengucapkan selamat maju jaya
kepadanya.
"Dalam
pertemuan saya dengan Safee, dia bersetuju kembali ke Selangor dengan gaji
bulanan yang dipersetujui kedua-dua pihak. Semasa Safee bertemu saya pertama
kali, dia telah menyatakan kekecewaan kerana harus bermain dalam Liga Perdana
jika kekal bersama Johor untuk musim baru.
"Atas
faktor tersebut, Safee hendak kembali ke pangkuan Selangor dan kami dengan hati
terbuka menerimanya," kata Mokhtar dalam satu kenyataan, semalam.
Mokhtar
enggan mendedahkan berapakah gaji yang ditawarkan Selangor kepada Safee, namun
menjelaskan jumlah yang mampu diberi mereka tidak dapat menandingi apa yang
ditawarkan oleh Johor DT.
Beliau turut
menambah, selepas Safee bersetuju dengan tawaran Selangor, FAS telah membuat
bayaran pendahuluan.
Utusan
Malaysia difahamkan Johor DT telah menawarkan gaji yang cukup lumayan RM110,000
sebulan kepada bekas penyerang Red Giants itu, sedangkan Selangor hanya mampu
membayar RM65,000.
Mokhtar
berkata, pengumumannya ini adalah untuk memastikan semua pihak, khususnya
penyokong Selangor dapat memahami situasi tersebut dan tidak mencetus sebarang
polemik mahu pun spekulasi kepada pengurusan FAS atas keputusan Safee itu.
Menurutnya,
sikap profesional harus digambarkan menerusi rundingan dan perjanjian sebelum
mengikat kontrak.
"Kalau
mengikut undang-undang kontrak, perjanjian lisan juga dianggap memeterai
kontrak. Perancangan FAS ialah membawa Safee ke pejabat FAS untuk satu majlis
ringkas bagi menandatangani kontrak sebagai memeterai perjanjian lisan antara
kedua-dua pihak selepas aksi skuad kebangsaan menentang Qatar pada kelayakan
Piala Asia.
"Tetapi
apabila kami dimaklumkan menerusi pihak ketiga bahawa pengurusan JDT mahu
mengekalkan Safee untuk bermain dalam Liga Super, FAS tiada pilihan lain demi
kepentingan pemain berkenaan, kami melepaskan Safee," jelasnya.
Beliau
berkata, usaha membawa pulang Safee ke Selangor adalah berdasarkan anggapan
bahawa penyerang itu mampu mengembalikan sentuhannya di bawah pengurusan Red
Giants.
"Idea
kami pada awalnya ialah menjadikan Safee sebagai penyerang utama sambil memberi
dia ruang membimbing penyerang muda.
"Kami
juga mengenang jasa Safee yang pernah beraksi untuk Selangor selama lima musim
pada 2006 hingga 2011 dan atas sebab itu, kami percaya dia masih memiliki
pengikut yang ramai, selain hakikat bahawa FAS memerlukan khidmatnya untuk
bersaing di peringkat Liga Malaysia dan Piala AFC," tambah beliau.
Rujukan:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131122/su_01/Safee-mungkir-janji#ixzz2lKMA2Nlw
© Utusan
Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment