OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Blogger menulis kisah pahlawan
Mat Kilau untuk menjadikan semangat cintakan negara yang tidak bebelah bagi
menjadi iktibar kepada pelajar SMK Jengka 2 sempena Sambutan Hari Kemerdekaan
Peringkat sekolah ahun 2012.
Dalam usaha mempertahankan
agama dan tanah air, bukan sedikit pengorbanan dituntut, usahkan keringat,
malah rembesan darah juga ada kalanya seakan-akan lumrah bagi mereka yang
sanggup mati demi kedaulatan negara tercinta. Tokoh tersebut ialah Mat Kilau.
Kemunculan semula legenda itu pada 26 Disember 1969 menggemparkan tanah air
selepas beberapa kali dikatakan meninggal dunia ketika menentang penjajah.[1]
Semasa kebangkitan Datuk
Bahaman, Mat Kilau turut melibatkan diri dengan akan menyerang pasukan British
di Kuala Lipis. Pada 1892, Lt. Kolonel
Walker dan Hugh Clifford telah memasuki dan membakar daerah Budu, iaitu Kubu
Mat Kilau. Mat Kilau dapat menyelamatkan diri dan menyertai kumpulan Datuk
Bahaman di kawasan Ceka. Dari situ Mat Kilau bergerak terus menentang
penjajahan British di Pahang.[2]
Mat Kilau selepas muncul kembali 26 Disember 1969.
[1] Jejak Pahlawan Mat Kilau,
Utusan Malaysia 10 November 2012, hlm.19.
[2] Mohd Amin Hassan Perluasan
Sistem Residen ke Negeri Sembilan Dan Pahang, dlm.Zainal Abidin Wahid, Malaysia
Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1996, hlm.146.
No comments:
Post a Comment