Ad

Sunday, 17 November 2013

Thien How-Wee Kiong kecundang

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my
 
BEREGU Thien How-Wee Kiong (kiri) bersama juara, Dae Lee-Seong Yoo dari Korea Selatan memegang replika cek yang dimenangi selepas final Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka China 2013 semalam.

IMPIAN beregu kedua negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong untuk melakarkan kejutan pada aksi final Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka China 2013 nyata tidak kesampaian.

Ini kerana pasangan muda negara itu terpaksa akur dengan kehebatan regu Korea Selatan, Yong Dae Lee-Yeon Seong Yoo yang berjaya menewaskan Thien How-Wee Kiong 13-21, 12-21, semalam.

Juara Terbuka Denmark 2013 itu sekadar mengambil masa 34 minit untuk menamatkan cabaran Thien How-Wee Kiong dalam kejohanan tersebut.

Begitupun, prestasi yang ditunjukkan Thien How-Wee Kiong patut dibanggakan selepas muncul sebagai wakil tunggal negara untuk melangkah ke peringkat final Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka China tahun ini.

Sepanjang rekod dua pertemuan menentang pasangan Korea Selatan itu, ia adalah kekalahan pertama Thien How-Wee Kiong sejak berjaya menewaskan mereka pada aksi Yonex Terbuka Perancis 2013.

Sebelum ini, beregu muda negara itu berjaya mara ke peringkat akhir dalam satu persaingan sengit selepas berjaya menumpaskan gandingan tuan rumah, Cai Yun-Chai Biao 23-21, 21-17.

Dalam perkembangan lain, pemain No. 2 dunia, Chen Long muncul sebagai juara kategori perseorangan lelaki dengan menewaskan Wang Zhengming 19-21, 21-8, 21-14.

Kemenangan Chen Long itu nyata menepati ramalan selaku pemain pilihan apabila tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan rakan senegara dari China dalam tempoh 1 jam 3 minit.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2kxUzYhrr

Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment