Oleh AHMAD
FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
SAFEE akui
sedih ekoran ramai pihak mula hilang kepercayaan terhadap Harimau Malaya.
PENYERANG
Harimau Malaya, Safee Sali menegaskan, sudah tiba masanya pasukan kebangsaan
memerlukan sokongan padu dari semua pihak, bukannya kritikan yang tidak
berkesudahan.
Safee yang
baru pulang daripada Manama, kelmarin selepas menyaksikan skuad negara tewas
0-1 kepada Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015, mengakui tidak mampu
lagi menahan sabar dengan setiap kritikan yang tidak berasas.
Bintang
Johor Darul Takzim yang dikaitkan bakal kembali ke Selangor pada musim depan
itu menambah, Harimau Malaya kini terdesak untuk mempamerkan prestasi lebih
memberangsangkan.
Justeru,
Safee menganggap ia seperti satu perbuatan tidak adil bagi pasukan kebangsaan
yang sering kali tidak mendapat sokongan moral daripada semua pihak.
“Bagi saya,
tak payah nak kritik skuad kebangsaan. Sepatutnya mereka berikan sokongan
moral.
“Pasukan ini
tengah kalah dan moral skuad kebangsaan tidak begitu baik. Kami turun bermain
bermati-matian untuk negara.
“Tiada siapa
hendak kalah dan kami amat bencikan kekalahan. Beginilah nasib Harimau Malaya,
bila menang semua nak dekat tetapi bila kalah, semua nak menjauh," katanya
ketika dihubungi Kosmo!, semalam.
Kosmo!
semalam melaporkan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri
Zolkples Embong mengakui memang tidak meletakkan harapan tinggi terhadap
Harimau Malaya yang mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.
Ini kerana
Zolkples menganggap, peluang Harimau Malaya untuk merebut slot automatik Piala
Asia semakin samar berdasarkan prestasi hambar skuad kendalian Datuk K.
Rajagobal.
Tambah
Safee, dia berharap peminat-peminat Harimau Malaya akan terus memberikan
sokongan padu ketika skuad negara dalam misi memburu kemenangan pada aksi
menentang Qatar di Stadium Shah Alam, Selasa ini.
“Kami amat
menagih sokongan padu daripada seluruh penyokong-penyokong. Pasukan ini mahu
memberikan sesuatu kepada peminat-peminat pada aksi bertemu Qatar nanti.
“Saya
berharap dengan sokongan ini dapat memberikan kami lebih semangat untuk tampil
aksi lebih baik,” katanya.
Rujukan:http://www.kosmo.com.my/kosmo.18.11.2013
No comments:
Post a Comment