Ahmad bin Yaakob dilahirkan di Kampung
Gong Chapa, Pasir Puteh Kelantan pada 28 Februari 1964. Beliau mendapat
pendidikan awal di SK Laki-Laki Pasir Puteh dari tahun 1971-1976. Beliau
melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMK Kamil Pasir Puteh, Kelantan
dari tingkatan 1 hingga 6 Atas. Pada tahun 1983 beliau mendapat 5P dan muncul
sebagai pelajar Kemuncak Cemerlang SMK Kamil dalam peperiksaan STPM.[1]
Pada tahun 1984 beliau melanjutkan
pelajaran ke Fakulti Sains Kemasyarakatan dan kemanusiaan dan mendapat Ijazaha
Sarjana Muda Kepujian Bahagian Atas dalam bidang Sejarah.[2]Beliau
mendapat Ijazah Sarjana Sejarah pada tahun 2004. Beliau memulakan perkhdmatan
sebagai guru di SMK Tengku Abdullah, Pekan 1990-1996. Kemudian bertukar ke SMK
Jengka 2 pada 19 Januari 1996. Beliau subjek Sejarah STPM di Tingkatan 6 sejak
tahun 1996 hinga 2018.
Cikgu Ahmad Yaakob dilantik menjadi GPK
Kokurikulum pada tahun 2003.[3]
Beliau kemudian menjadi GPK Tingkatan 6 pertama SMK Jengka 2 pada tahun 2009.[4]
Beliau mendapat Gred DG54 pada
tahun 2017. Beliau merupakan penulis 50 Blog.
Antara Blog beliau yang popular ialah Blog Sejarah, Blog Sejarah STPM
P1, Blog Sejarah STPM P2, Blog Sejarah STPM P3 dan Blog ahmadyaakob.com. kini
beliau sedang menyiapkan Buku Sejarah SMK Jengka 2 tahun 1973-2018 dan Buku
Sejarah Tingkatan 6 SMK Jengka 2.Beliau telah mengajar Mata Pelajaran Sejarah
STPM di SMK Jengka 2 selama 22 tahun.
blog Sejarah
Blog Sejarah STPM p2
BLOG SEJARAH STPM P1
BLOG SEJARAH STPM P3
BLOG SEJARAH STPM P1
BLOG SEJARAH STPM P3
[1]Ahmad
bin Yaakob, “Sejarah Perkembangan dan Perjuangan UMNO Bahagian Pasir Puteh
1946-1970,” (Tesis Sarjana Muda Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Selangor,1987/88),v.
[2] Ahmad
bin Yaakob, “Pengasuh1918-1955:Satu Kajian Historiografi,” (Tesis Sarjana Muda
Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor,2004),i.
[3] Majalah Jaya 2003, Edisi Jubli Perak,15.
[4] Buku
Pengurusan Sekolah 2009,xi.
tahniah cikgu
ReplyDelete