Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Sejarah kemunculan Sistem Feudal
di Jepun
Feudalisme di Jepun dapat dikesan
dengan jelas pada zaman Kamakura (1192 - 1333) hingga zaman Sengoku Jidai (1536
-1998).Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman Keshogunan Tokugawa
(1603 - 1867).[1]
Kemerosotan kuasa Maharaja Jepun membuka
peluang kepada kemunculan tuan tanah di Jepun yang dikenali sebagai Daimyo.
Golongan Daimyo memiliki ladang persendirian yang dikenali sebagai Syo atau
Syoen. Bentuk muka bumi Jepun yang bergunung-ganang menyukarkan lagi Maharaja
untuk menguatkuasakan kawalan terhadap Daimyo.
Faktor ini menyebabkan Daimyo menjadi
golongan yang berkuasa hingga dapat mencabar pengaruh dan kekuasaan Maharaja.
Oleh itu, Maharaja melantik golongan bangsawan di istana sebagai Gabenor
Wilayah untuk mengawal Daimyo. Malangnya Gabenor yang menetap di ibu kota
menikmati pelbagai kemewahan dan tidak mengendahkan hal ehwal pentadbiran wilayah.
Ini menyebabkan kuasa di wilayah beralih daripada Gabenor kepada ketua suku.Petani
turut mengubah taat setia kepada Ddaimyo tempatan.[2]
Perebutan
politik antara Ketua Ssuku mencapai kemuncak apabila ketua keluarga Miramoto
Yoritomo membentuk kerajaan bersifat ketenteraan yang pertama. Kerajaan
bercorak ketenteraan yang dikenali sebagai bakufu ditubuhkan di Kamakura.
Kemunculan pemerintahan Kamakura menandakan permulaan Sistem Feudal di Jepun.[3]
[1]“Masyarakat
Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013),7.
[2] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia
(1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd,2013),9.
[3] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Ketiga, ,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2016),9.
No comments:
Post a Comment