Ad

Wednesday 9 May 2018

Hari kelepasan am tambahan untuk Khamis dan Jumaat - KSN


10 Mei 2018 3:51 AM
 KSN
Tan Sri Ali Hamsa.
 KSN
KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa hari ini memaklumkan 10 Mei (Khamis) dan 11 Mei (Jumaat)  sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ali berkata, bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, Ahad, 13 Mei ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.


"Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurut kenyataan di sini hari ini.

Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing. – Bernama
SUMBER-KOSMO ONLINE 10 Mei 2018 3:51 AM

No comments:

Post a Comment