KHAIRUL Fahmi Che Mat. - Foto NSTP
Melaka ikat Apek 6 bulan
BharianSukanBola
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) menawarkan kontrak enam bulan terhadap penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat.
Timbalan Presiden MUSA, Datuk Yusoff Mahadi berkata, tempoh itu bermula pada jendela perpindahan dibuka Isnin ini hingga hujung musim.
Beliau berkata, khidmat Khairul Fahmi atau Apek dijangka diteruskan pada musim 2019 dan akan dilanjutkan berdasarkan pesefahaman kedua-dua pihak sebaik musim ini berakhir.
"Melaka memerlukan khidmat penjaga gol ini berdasarkan pengalaman luasnya dalam kancah bola sepak tempatan dan antarabangsa.
"Walaupun kami memiliki penjaga gol Zamir Selamat yang menunjukkan prestasi membanggakan, namun masih memerlukan Apek untuk mengisi kedudukan di barisan terakhir, sekali gus meningkatkan motivasi pemain.
"Ia juga memandangkan kami ketandusan penjaga gol gantian, selain Zamir untuk mengharungi baki saingan musim ini," katanya ketika ditemui hari ini.
Sebelum ini, Kelantan menamatkan khidmat Khairul Fahmi bagi memberi laluan kepadanya menyertai Melaka pada jendela perpindahan kedua musim ini.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 4 Mei 2018 | 8:19pm
No comments:
Post a Comment