DETIK bersejarah Presiden Korea
Selatan, Moon Jae-in (kanan) dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bersua muka
buat kali pertama di kampung Panmunjom yang menjadi sempadan antara kedua-dua
negara tersebut pada 27 April lalu. REUTERS
11 Mei 2018 5:00 PM
SAUDARA PENGARANG, BANGSA Korea
yang terpisah akibat perbezaan ideologi sejak lebih 60 tahun lalu kini sedang
berusaha untuk berbaik semula antara mereka demi masa depan anak cucu Semenanjung
Korea.
Peliknya bangsa Melayu berbeza
ideologi politik semakin teruk bergaduh selepas lebih 60 tahun kita merdeka
tanpa mempedulikan nasib anak cucu Semenanjung Tanah Melayu.
Orang Sabah dan Sarawak pun tidak
bergaduh sesama sendiri, kenapa anak Melayu Semenanjung sanggup menjadi tali
barut pemusnah agama, bangsa dan negara?
Sebar fitnah macam tabur beras
kepada ayam, caci maki umpama makan ruji harian sampaikan benci-membenci
sehingga putus silaturahim kerana berbeza parti.
Akhirnya yang untung adalah
golongan anti-Islam mahu hapuskan hak Melayu dan mencabar kedaulatan raja-raja
Melayu.
Lihatlah ke ‘atas’, ‘bawah’ dan
‘sisi’ kita, adakah kita mahu anak Melayu menerima nasib sama umpama
‘menumpang’ di tanah air sendiri?
Jangan nanti semuanya sudah
terlambat, bumi dipijak kini milik orang. Apa guna slogan Melayu tidak hilang
di dunia jika Melayu itu hidup merempat tanpa buminya sendiri?
PAK TUA
Nilai, Negeri Sembilan
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/korea-berdamai-melayu-pula-bergaduh-1.670527#ixzz5FNMMWCRZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment