Ad

Wednesday, 9 May 2018

BN tewas! Gabungan PKR umum menang


 mahathir
10 Mei 2018 4:00 AM
 mahathir
KUALA LUMPUR 10 Mei - Gabungan pembangkang PKR secara tidak rasmi mengumumkan telah memperoleh majoriti mudah di Parlimen dan menguasai Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Johor.

Sehingga pukul 12.30 tengah malam, keputusan rasmi masih belum dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa gabungan itu memenangi 112 kerusi daripada 222 kerusi yang melayakkan mereka menubuhkan kerajaan.


Dalam pada itu, Dr. Mahathir yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ketujuh menang di Parlimen Langkawi manakala Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri menang di Parlimen Pandan.

Pemimpin gabungan itu yang turut menang ialah Timbalan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak) dan Presiden PAN Mohamad Sabu (Kota Raja).

Dalam keputusan mengejut yang menyaksikan pertama kalinya Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa di peringkat pusat, tiga presiden komponen itu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong), Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam (MIC) dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong turut tewas.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Putrajaya, Pengerusi SPR, Tan Sri Moh. Hashim Abdullah berkata, pengumuman yang dibuat oleh Dr. Mahathir adalah berdasarkan kepada keputusan tidak rasmi.

Katanya, keputusan tersebut mungkin berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ejen-ejen parti di pusat pengiraan undi.

‘‘SPR tidak ada muslihat apa-apa jika sudah dapat keputusan rasmi kita akan umumkan. Oleh itu saya berharap rakyat akan bersabar, berilah kami sedikit masa,’’ katanya sambil menjelaskan ibu pejabat SPR juga sedang menunggu keputusan daripada pusat-pusat pengumpulan undi.

Dalam pada itu SPR mengumumkan tiada parti yang memperolehi majoriti mudah setakat 1.42 pagi dengan BN mendapat 67 kerusi, gabungan PKR 80, DAP (Sarawak) 9.

Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan sidang akhbar pada 11 pagi, hari ini.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bn-tewas-gabungan-pkr-umum-menang-1.670136#ixzz5F2kuleQ2
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment