1994-BRAZIL JUARA PIALA DUNIA
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pentas Piala Dunia semalam menyaksikan
empat wira perlawanan akhir gagal menyempurnakan sepakan penalti sebagai
penentuan juara.Ini adalah kali pertama dalam sejarah 64 tahun perlawanan akhir berakhir tanpa sebarang gol
selepas bermain 120 minit.Pemain terbaik dunia 1993, Roberto Baggio menjadi
mangsa selepas sepakan penaltinya melambung tinggi dan mengakhiri impian Itali
untuk menjadi juara buat kali keempat.Dua lagi rakannya, Ketua Pasukan Franco
Baresi dan Daniele assaro serta pemain Brazil Mario Sants turut menjadi mangsa.
Bagi Brazil yang mengecapi kemenangan
sepakan penalti 3-2, tetap menjadi sejarah sebagai pasukan pertama menjadi
juara empat kali dalam abad ini selepas menanti selama 24 tahun. Kini Brazil
berjaya menempatkan kembali bola sepak sebagai sukan nombor satu di negara itu.[1]
No comments:
Post a Comment