Khamis, 26 September 2019 | 5:35pm
Muslim Ahmad (kanan) dan Nor Azam Azih yang
masing-masing yang bermain di posisi pertahanan dan tengah disahkan masih
mengalami kecederaan. - Arkib NSTP
Pahang dijangka hilang khidmat Muslim, Nor Azam
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Ketika membawa bekalan selesa hasil kemenangan
3-0 di Stadium Hang Jebat minggu lalu, pasukan Pahang berdepan masalah
kecederaan pemain menjelang aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang
Melaka United (MU) di laman sendiri pada Ahad ini.
Setakat ini, dua tonggak iaitu Muslim Ahmad dan Nor
Azam Azih yang masing-masing yang bermain di posisi pertahanan dan tengah
disahkan masih mengalami kecederaan sekali gus mungkin tidak disenaraikan
Dollah Salleh bagi aksi kedua itu.
Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang yang
mengesahkan perkembangan itu percaya sekiranya tidak dapat menyenaraikan Muslim
dan Nor Azam, ia diharap tidak menjejaskan rentak permainan pasukan.
"Sudah pasti khidmat dua pemain ini memang ditagih
ketika Pahang dalam misi untuk menempah slot separuh akhir piala. Tapi, jika
kecederaan itu tidak sempat pulih, saya percaya pemain lain yang akan mengisi
kekosongan ditinggalkan oleh Muslim dan Nor Azam itu mampu memikul
tanggungjawab berkenaan,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohammed Suffian mengharapkan jentera
pasukan yang diketuai Matthew Davies tampil lebih bertenaga untuk menghalang MU
daripada melakukan kejutan.
Katanya, biarpun lawan ketinggalan dengan defisit tiga
gol, tidak mustahil skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu boleh melakar
kemenangan.
"Sebab itu saya minta pemain mengekalkan prestasi
dan memanfatkan peluang yang ada untuk membawa Pahang kembali menjulang Piala
Malaysia musim ini," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 26 September 2019 |
5:35pm
No comments:
Post a Comment