MyMetroArena
Syazwan Msar
sukan@hmetro.com.my
PEMAIN pertahanan berpengalaman
dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dipanggil
semula menyertai skuad Harimau Malaya sebagai persiapan berdepan Vietnam dalam
aksi ketiga Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia
2023, bulan depan.
Berdasarkan senarai pemain yang
dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) , pemain Felda United
Hadin Azman digugurkan untuk berada di dalam senarai menunggu.
Selain Mohamad Aidil Zafuan,
pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut menyenaraikan pemain tengah
Selangor, Abdul Halim Saari bagi melengkapkan senarai 25 pemain.
Jurulatih berasal dari Kedah itu
juga mengekalkan 23 pemain lain yang berada di dalam skuad yang berhadapan
Jordan, Indonesia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini.
Selain Hadin Azman, enam pemain
lain yang turut berada di dalam senarai menunggu sekiranya terdapat kecederaan
kepada pemain sedia ada ialah Syazwan Andik Ishak (JDT), Khairul Fahmi Che Mat
(Melaka), Jafri Firdaus Chew (PKNS FC), Amirul Azhan Aznan (Perak) serta
Azzizan Nordin dan Rawilson Batuil (Sabah).
Selain daripada aksi ketiga
Kumpulan G bagi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023
menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, pasukan negara juga akan beraksi
dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.
Pasukan negara akan bertemu Sri
Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 5 Oktober disusuli aksi menentang
Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober.
Skuad Kebangsaan akan terus diuji
pada perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong pada
15 Oktober.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 23 September 2019 @ 8:10 PM
No comments:
Post a Comment