Ad

Sunday, 22 September 2019

Jepun bangkit ikat Malaysia


SUKAN»Bola
Ahad, 22 September 2019 | 6:52pm
 
Pemain pertahanan Malaysia, Adam Farhan Mohd Faizal (kanan) dikekang pemain Jepun pada saingan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-16 tahun di Stadium Nasonal Vientiane, hari ini. - Foto NSTP/Ihsan FAM
Jepun bangkit ikat Malaysia
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Impian Raja Asia Tenggara Bawah 16 Tahun (B-16) untuk layak ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-16 tahun depan lebur apabila gagal menempatkan diri sekurang-kurangnya dalam kelompok empat naib juara terbaik bagi mengiringi 11 juara setiap kumpulan.

Ia berikutan keputusan seri 2-2 yang dicatatkan anak buah P Maniam dalam aksi terakhir Kumpulan J menentang Jepun di Stadium Nasonal Vientiane hari ini.

Peluang skuad negara sekurang-kurangnya layak ke pusingan akhir di Bahrain tahun depan selaku empat pasukan naib juara terbaik seakan cerah namun kelekaan di minit akhir permainan jelas jadi pemisah buat harapan peminat untuk melihat Malaysia mara ke pusingan akhir.

"Sebenarnya kami berhak untuk memenangi perlawanan ini. Kita boleh lihat semangat melawan dan keazaman pemain malah kita juga dapat saksikan banyak perkara positif yang ditunjukkan oleh pemain,” kata Maniam.

"Kami bermain dengan 10 orang namun masih berjaya cipta peluang dan bangkit mendahului 2-1. Sedikit kelekaan membuka ruang buat Jepun menghukum kami."

Terdahulu, pemain muda negara memulakan aksi dengan baik apabila berjaya memaksa 45 minit pertama berakhir dengan seimbang, terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Malaysia terpaksa mengharungi baki 30 minit dengan 10 pemain selepas penjaga gol, Zulhilmi Sharani dilayangkan kad merah selepas dikesan melakukan kekasaran ketika cuba menumbuk bola tinggi dalam kota penalti.

Penalti yang dihadiahkan kepada Jepun pada minit ke-63 disempurnakan dengan baik oleh pemain tengah skuad Samurai, Rui Osaka namun minit ke-74, kedudukan kembali seimbang apabila Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar meledak gol penyamaan menerusi penalti.

Minit ke-83, Muhammad Daniel Edzuan terus menceriakan kem negara apabila meledak gol kedua namun sedikit kelekaan pemain negara pada masa kecederaan pantas dihukum Jepun yang memperoleh gol penyamaan menerusi Yamato Naito.
Sumber-berita harian online Ahad, 22 September 2019 | 6:52pm

No comments:

Post a Comment