BERNAMA | | 24 September 2019
JURULATIH bola sepak Vietnam, Park
Hang Seo, yakin pasukan Malaysia berada dalam keadaan semakin baik kebelakangan
ini dan nasib perlu menyebelahi pasukannya pada perlawanan membabitkan
kedua-dua pasukan dalam kelayakan Piala Dunia 2020 akan datang.
Vietnam akan menjadi tuan rumah
bagi perlawanan kedua pusingan kelayakan pada 10 Oktober di Hanoi, lapor agensi
berita VNA.
Tuan rumah mempunyai kelebihan
satu mata selepas seri dalam perlawanan pembukaan dengan Thailand bulan ini dan
menduduki tempat keempat dari lima pasukan dalam Kumpulan G.
Malaysia pula menang satu perlawanan
dan satu lagi tewas.Ia akan menjadi pertembungan pertama antara kedua-dua
pasukan sejak Vietnam menundukkan Malaysia 3-2 di final Piala AFF Disember
lalu.
Park dan pembantunya yang
menyaksikan perlawanan pasukan Malaysia baru-baru ini, bersetuju pasukan ini
lebih kuat berbanding sebelum ini.
"Saya melihat beberapa
perubahan dalam pasukan itu dan mengakui barisan hadapan mereka semakin tajam,
lebih baik berbanding Piala AFF yang lalu."
Sebagai persediaan katanya, selain
mula berlatih pada Isnin beliau turut menampilkan empat muka baharu. - Bernama
ArtikelPenuh SUMBER:https://www.sinarharian.com.my/article/49189/BERITA/Sukan/Vietnam-akui-perlawanan-dengan-Malaysia-bukan-mudah
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment