Ad

Tuesday 17 September 2019

KATA-KATA ALUAN MAJALAH JAYA 1978


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Semasa diterbitkan pada bulan September 1978, Majalah Jaya menggunakan alamat Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, Kuantan Pahang.Berdasarkan kata-kata aluan Menteri Pelajaran Malaysia  Datok’ musa Hitam beliau percaya majalah tahunan ini akan memperkenal dan mendekatkan lagi sekolah ini dengan ibu bapa dan masyarakat umum. Majalah ini juga memuatkan berbagai maklumat, kegiatan, perkembangan dan kemajuan sekolah.[1]

      Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia  Dato’ Haji Murad Mohd Noor penerbitan Majalah Jaya amatlah besar ertinya kepada murid-murid, guru-guru serta ibu bapa. Majalah seperti ini merupakan satu rekod rakaman bagi perkembangan dan kemajuan sekolah dari masa ke semasa.dari rakaman-rakaman yang akan dimuatkan itu dapatlah, murid-murid , guru-guru serta ibu bapa melihat dan mengukur sendiri kejayaan yang telah dicapai oleh pihak sekolah.[2]


[1] Majalah Jaya 1978, i.
[2] Ibid,ii.

No comments:

Post a Comment