PEMAIN Harimau Malaya kecewa tewas 1-2 kepada UAE dalam pelawanan kelayakan
Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. -
UTUSAN/HAFIZ JOHARI
11 September 2019 7:37 AM
KUALA LUMPUR 11 Sept - Gagal bertahan dengan baik dalam perlawanan
berintensiti tinggi punca utama Harimau Malaya kalah tipis 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi
kelayakan Piala Dunia 2022/2023, malam tadi.
Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe percaya, anak-anak buahnya
berpeluang untuk sekurang-kurangnya seri dengan pasukan No. 65 dunia itu, namun
mereka gagal mengawal tempo permainan.
"Secara keseluruhan pemain menunjukkan persembahan yang hebat tetapi
kami gagal mengawal tempo dan intensiti perlawanan.
"Pada separuh masa pertama, terutamanya dalam 20 minit pertama kami
sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.
"Pemain tahu mereka kena meningkatkan tempo dan bermain dengan penuh
keterujaan kerana menentang pasukan yang
lebih baik. Setiap peluang yang dicipta perlu disempurnakan.
"UAE memperoleh dua peluang baik dan mereka menterjemahkannya kepada
gol," katanya dalam sidang akhbar.
Menurut Cheng Hoe, Harimau Malaya perlu mempertingkatkan permainan untuk
berdepan Vietnam dalam aksi ketiga Kumpulan G di Hanoi pada 10 Oktober
depan.
Dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi, Malaysia yang
menghuni ranking ke-159 dunia berjaya mengejutkan UAE menerusi tandukan Muhammad Syafiq Ahmad hanya 36 saat selepas
perlawanan bermula.
Pasukan negara juga menguasai permainan dalam 30 minit pertama, tetapi
kesilapan benteng pertahanan membolehkan UAE menyamakan kedudukan 1-1 pada
minit ke-43 menerusi Ali Ahmed Mabkhout.
Memasuki babak kedua, mereka gagal meneruskan momentum dan kealpaan
pertahanan sekali lagi membenarkan Ali
merobek gawang Malaysia untuk kemenangan 2-1. SUMBER- UTUSAN ONLINE 11
September 2019 7:37 AM
No comments:
Post a Comment