Ad

Wednesday 11 September 2019

Harimau Malaya lepas peluang


SUKAN»Bola
Selasa, 10 September 2019 | 9:37pm

Harimau Malaya lepas peluang
Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Zulfaizan Mansor
bhsukan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Penyerang Ali Ahmed Mabkhout memusnahkan impian skuad Harimau Malaya selepas dua jaringannya membantu pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencipta kemenangan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe kekal dengan tiga mata dan menduduki tangga ketiga Kumpulan G selepas mengharungi dua perlawanan dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Thailand kini mendahului Kumpulan G selepas menghimpun empat mata susulan kejayaan membenam Indonesia, 3-0 pada aksi di Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi. Pada aksi pertama di Bangkok minggu lalu, Thailand terikat 0-0 dengan Vietnam. UAE pula menghuni tangga kedua dengan tiga mata.


AKSI pemain Malaysia, Safiq Ahmad ketika meraikan jaringan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto BERNAMA
 
HarimauPEMAIN Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha, cuba melepasi pemain UAE ketika pelawanan kelayakan Piala Dunia 2022 diantara Malaysia bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Pada aksi di laman sendiri itu, skuad Harimau Malaya yang berada jauh dibelakang UAE dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bermula positif selepas berada di depan seawal minit pertama hasil jaringan Syafiq Ahmad yang menanduk masuk bola hantaran Matthew Davies.

Kelebihan itu bagaimanapun dipadam Ali yang menyudahkan hantaran Mohamed Saleh Almenhali, dua minit sebelum tamat babak pertama untuk menyamakan kedudukan buat UAE.

Ali terus membuktikan ketajamannya apabila meledak gol kedua UAE pada minit ke-75 selepas dia terlepas dari kawalan pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad dan Adam Nor Azlin.

Empat minit kemudian, Harimau Malaya hampir menyamakan kedudukan, namun rembatan Safawi Rasid sekadar menggegar tiang gol UAE dan kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Selepas ini, Harimau Malaya akan menentang Vietnam di gelanggang lawan pada 10 Oktober sebelum melayan kunjungan negara jiran, Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 14 November.


PEMAIN UAE, Ali Ahmed Mabkhout, meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 diantara Malaysia bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 10 September 2019 | 9:37pm

No comments:

Post a Comment