Ad

Tuesday 23 January 2018

Analisis Mingguan: Tahniah kepad skuad B-23, Guan Eng Panas

PEMAIN-PEMAIN skuad B-23 negara.
PEMAIN-PEMAIN skuad B-23 negara.
21 Januari 2018 12:00 PM

Harapan baharu
Walaupun gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B23), Awang mengucapkan tahniah atas pencapaian memberangsangkan pasukan Malaysia.

Jika tidak silap Awang, inilah kali pertama pasukan negara berada pada tahap tertinggi dalam arena antarabangsa untuk tempoh hampir tiga dekad.

Persembahan skuad B-23 ketika kalah  1-2 kepada gergasi Asia iaitu Korea Selatan juga tidak mengecewakan. Sebenarnya Malaysia berpeluang untuk melakukan kejutan sebagaimana dibuktikan ke atas Arab Saudi namun nasib tidak menyebelahi.

Ketika Jepun dibelasah Uzbekistan 4-0, Malaysia sekadar tewas tipis. Ia telah memecahkan batas psikologi  bahawa Malaysia boleh melonjak walaupun sudah sekian lama merudum.

Awang berharap pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu dapat dimantapkan lagi untuk mengambil alih sepenuhnya  pasukan utama negara, yang perlu dirombak habis-habisan. Jagalah dan gilaplah lagi kebolehan para pemain B-23.

Walaupun prestasi pada kejohanan itu membuka harapan baharu namun realitinya perjalanan masih jauh dan usah dilanda sindrom selesa dan mudah seronok. Untuk benar-benar bangkit, banyak lagi perlu dilakukan. Selamat maju jaya.
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/analisis-mingguan-tahniah-kepad-skuad-b-23-guan-eng-panas-1.594219#ixzz5513N2bes

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment