ARKIB : 15/03/2009
Chong Wei buru perhitungan kedua
LEE Chong Wei mara ke separuh akhir badminton
Terbuka Switzerland selepas berjaya menewaskan Taufik Hidayat 21-23, 21-12,
21-19 pada saingan suku akhir, semalam. AFP
KUALA LUMPUR Jaguh perseorangan negara, Datuk
Lee Chong Wei dan bintang China, Lin Dan mencerahkan peluang mengulangi
pertemuan kedua selepas melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka
Switzerland, semalam.
Chong Wei yang dijinakkan Lin Dan pada final
Seluruh England, minggu lalu mengetepikan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat buat
kali kedua dalam tempoh seminggu dengan kemenangan 21-23, 21-12, 21-19.
Pemain No. 1 dunia itu dijangka tidak menghadapi
masalah untuk melepasi separuh akhir lewat pagi ini kerana berdepan cabaran
pemain bukan pilihan dari Denmark, Jan O Jorgensen.
Jorgensen mara selepas mengetepikan pemain
negara, Sairul Amar Ayob 21-18, 21-16.
Peluang Chong Wei untuk mengulangi pertemuan
dengan Lin Dan dan seterusnya menebus kekalahan ke atas juara Olimpik itu
bagaimanapun bergantung kepada strategi pasukan China.
Ini kerana, Lin Dan akan berdepan rakan senegara
sendiri, Chen Jin pemain yang didakwa sengaja memberi laluan kepadanya pada
separuh akhir Seluruh England.
Semalam, juara dunia itu mudah mengetepikan
lawan dari Taiwan, Hsieh Yu Hsin 21-16, 21-14.
Chen Jin, 24, yang mendakwa mengalami kecederaan
ketika menentang Lin Dan pada separuh akhir di Birmingham tidak langsung
menampakkan masalah ketika mengalahkan pemain England, Andrew Smith 21-10,
21-5.
Cabaran beregu wanita No. 1 dunia, Wong Pei
Tty-Chin Eei Hui pula berakhir dengan cara tidak diduga apabila menarik diri
daripada pertemuan dengan pasangan Korea, Ha Jung Eun-Kim Min Jung.
Cabaran Malaysia di separuh akhir Terbuka
Switzerland bagaimanapun diteruskan beregu muda, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong
yang bakal menentang bekas pasangan No. 1 dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China.
Kien Keat-Boon Heong mara selepas menewaskan
Michal Logosz-Robert Mateusiak dari Poland, 21-14, 21-17 manakala Haifeng-Cai
Yun menumpaskan pasangan dari England, Chris Adcock-Robert Blair 21-10, 21-11
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz54litdw8a
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment