HAFIZUL bolos 32 kali musim lalu.
Azizan Hashim
sukanteam@nstp.com.my
MUHAMMAD Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yakin dengan bimbingan bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Hamsani Ahmad yang dilantik jurulatih penjaga gol Perak musim ini mampu meningkatkan lagi keyakinannya.
Bagi Hafizul pengalaman Hamsani yang lebih mesra dengan panggilan ‘Botek’ terlalu berharga dan perlu dimanfaatkan sewajarnya. Begitupun pemain itu tidak berniat memperkecilkan jurulatih sebelum ini, Talib Saadi yang turut memberi banyak tunjur ajar kepadanya.
“Masing-masing ada kelebihan dan cara tersendiri, ” katanya.
Apa yang pasti Hafizul memasang impian menebus maruah tercalar selepas gawang Perak bolos 32 kali dalam saingan Liga Super musim lalu sekali gus membuktikan dia layak menggalas tugas selaku penjaga gol utama negara.
“Tahun lalu pintu gol Perak bolos 32 kali. Walaupun bukan saya seorang mengawal gawang tetapi maruah selaku penjaga gol utama kebangsaan tercalar juga, “katanya. Hafizul juga mahu mengikis badi aksi tidak konsisten yang menyaksikan prestasi tidak menentu.
“Selepas cemerlang mengawal benteng terakhir dalam satu perlawanan saya tidak berupaya mengulanginya dan bocor dua atau tiga gol perlawanan berikutnya.
“Seperti ada badi. Bagus satu perlawanan tetapi kena dua tiga gol dalam aksi selepas itu. Musim ini saya harap dapat menamatkan penyakit itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment