Ad

Tuesday, 2 January 2018

Harapan tinggi pemain baharu

CHAN VATHANAKA
CHAN VATHANAKA
02 Januari 2018 3:00 AM

KUANTAN 1 Jan. – Walaupun me­rupakan satu cabaran besar, namun dua pemain baharu Tok Gajah telah bersiap sedia menggalas tugas mereka sekali gus bertekad memastikan pasukan Pahang berada di landasan terbaik dalam saingan Liga Malaysia tahun ini.

Kedua-dua pemain berkenaan tentunya perlu membalas kepercayaan diberikan jurulatih Dollah Salleh yang mengambil mereka bagi menyertai Tok Gajah pada musim ini.


Pada musim lalu, Tok Gajah sekadar bergelar naib juara Piala FA, menduduki tempat kedua Liga Super dan layak ke suku a­khir Piala Malaysia.

Tetapi, pencapaian itu lebih baik berbanding prestasi mereka pada musim 2016 yang hampir tersingkir ke Liga Perdana.

Jadi, pasti menjadi harapan Tok Gajah dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) agar pemain baharu yang diambil dapat membantu pasukan itu memenangi sekurang-kurangnya satu trofi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Bagi penyerang skuad kebangsaan Kemboja, Chan Vathanaka, 23, dia berjanji akan mempamerkan aksi terbaik untuk memastikan Tok Gajah mampu menjulang kejuaraan Liga Super musim depan.

“Pahang menjadi pasukan pilihan saya kerana mereka merupakan antara skuad terbaik dalam bola sepak Malaysia.

“Saya harap tahap kemahiran saya akan berkembang seiring dengan kehendak Liga Malaysia apabila bermain bersama Pahang. Paling penting, saya akan cuba membantu pasukan ini menjadi juara,” katanya.

Seorang lagi pemain baharu Tok Gajah, Bunyamin Umar juga bertekad memberikan aksi terbaiknya bersama Pahang musim ini.

“Saya harap penghijrahan ke Pahang akan mengembalikan semula prestasi terbaik saya untuk bersama rakan sepasukan meraih kejuaraan pada musim ini,” katanya
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harapan-tinggi-pemain-baharu-1.582983#ixzz530xkjssu
© Utusan Melayu (M) Bhd


No comments:

Post a Comment