AKHYAR (kanan) perlu lebih bekerja keras untuk meningkatkan prestasi.
Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@nstp.com.my
PEMILIHAN empat pemain bawah 19 tahun (B-19) untuk menyertai senarai akhir skuad B-23 ke Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di China tidak bermakna mereka bola mendabik dada atau cepat berasa puas hati.
Empat pemain berkenaan adalah Hadi Fayyadh Abdul Razak, Akhyar Rashid, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Shivan Pillay Asokan.
Pengendali B-19, Bojan Hodak berkata pemilihan itu tidak bermakna mereka sudah mencapai kemuncak dalam karier masing-masing.
“Saya gembira apabila mereka terpilih dalam senarai akhir 23 pemain. Pemilihan itu menunjukkan prestasi mereka semakin meningkat.
“Bagaimanapun, mereka tidak boleh berasa gembira dengan pemilihan itu sebaliknya perlu terus bekerja keras,” katanya.
Skuad B-23 bakal menentang skuad B-23 Syria pada 5 Januari ini dalam aksi persahabatan terakhir sebelum membuka tirai sebenar menentang Iraq pada 10 Januari diikuti Jordan (13 Januari) dan Arab Saudi (16 Januari).
Namun secara positif, pemilihan empat pemain berkenaan boleh menjadi perkembangan baik buat skuad B-19 yang turut bersaing di pentas Asia pada Kejuaraan B-19 AFC di Indonesia dari 18 Oktober hingga 4 November ini.
Begitupun, Bojan mengingatkan pemainnya supaya mengekalkan motivasi diri untuk berada pada tahap tertinggi dan cuba memasang cita-cita untuk terus maju pada masa akan datang.
“Mereka perlu terus berusaha dan cuba menempatkan diri dalam skuad kebangsaan,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2017 @ 6:18 PM
No comments:
Post a Comment