Ad

Tuesday, 30 January 2018

Isu kontroversi tidak jejas persiapan Felda United


SHAHRIR ABDUL SAMAD bersalaman dengan Ketua Pasukan Felda United,
SHAHRIR ABDUL SAMAD bersalaman dengan Ketua Pasukan Felda United, Mohd. Shukor Adan sambil disaksikan Ab. Ghani Mohd. Ali (dua dari kanan) dalam majlis memperkenalkan barisan pengurusan, jurulatih dan pemain serta jersi The Fighters musim 2018 di Menara Felda, Kuala Lumpur, semalam. BERNAMA
Rozaidi Zulkifli

30 Januari 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Felda United mengambil langkah positif dengan melupakan segala kontroversi yang melanda pasukan itu musim lalu sehingga menyebabkan mereka terpaksa ‘turun pangkat’ ke Liga Perdana, sebaliknya The Fighters mahu membuka lembaran baharu.

Tersingkir hanya disebabkan masalah teknikal dalam permohonan lesen Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ianya langsung tidak menggugat persiapan pasukan bimbingan B. Sathianathan yang dilihat bersedia sepenuhnya untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana dan dua lagi piala dalam saingan Liga Malaysia.


Presiden Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC) Datuk Ab. Ghani Mohd. Ali menegaskan, mereka telah melupakan segala yang berlaku musim lalu dan terpaksa menerima hakikat itu.

Tambahnya, dengan barisan pemain yang dipilih, mereka akan kembali kompetetif bagi menjuarai Liga Perdana musim ini untuk kembali ke Liga Super 2019 dan bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada FAM.

“Walaupun tahun ini turun di Liga Perdana, pemain perlu meneruskan perjuangan dan saya yakin pasukan boleh mencapai satu kejuaraan musim ini. Sasaran kita adalah muncul juara Liga Perdana dan kembali ke Liga Super.

“Yang memberi lesen adalah pihak lebih tinggi, Felda United sebagai ahli gabungan FAM akan mematuhi setiap prosedur yang ditetapkan. Pada tahun ini kami akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada FAM.

Itu masalah teknikal dan kita kena terima hakikat. Kita juga telah berjumpa dengan Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) sendiri untuk bertanya dimanakah ruang-ruang yang perlu kita lengkapkan untuk mendapat lesen itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis memperkenalkan barisan pengurusan, jurulatih dan pemain serta jersi The Fighters musim 2018 yang disempurnakan oleh penaung FUFC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Menara Felda, hari ini.

Felda United menerima tamparan hebat apabila disahkan tidak layak beraksi dalam Liga Super musim 2018 gara-gara kegagalan mendapat lesen FAM biarpun menamatkan saingan Liga Super musim lepas di kedudukan ketiga.

Terdahulu, Ab Ghani turut menyempurnakan majlis menandatangani kontrak bersama tiga pemain import dari Brazil iaitu Gilberto Fortunato, Thiago Junior Aqino, Thiago Augusto Fernandes dan Iain Ramsay dari Australia

sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/isu-kontroversi-tidak-jejas-persiapan-felda-united-1.599779#ixzz55fE0Rpf7
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment