Sabtu, 6 Januari 2018 | 12:29pm
Pemain Pahang, Matheus Alves
Leandro (tengah) mengesahkan tidak lagi bersama skuad Tok
Gajah musim ini. Alves bakal
sertai kelab Korea Selatan. - Foto Zulkepli Osman
Selamat tinggal Tok Gajah
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Pemain kelahiran Brazil,
Matheus Alves mengesahkan meninggalkan skuad Pahang, sekali gus menolak andaian
khidmatnya dapat disaksikan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Pemain berumur 24 tahun itu
berkata, dia akan mewakili sebuah kelab Korea Selatan selepas hanya semusim
bersama skuad Tok Gajah musim lalu.
Justeru, dia berterima kasih
kepada pengurusan Persatuan Bolasepak negeri Pahang (PBNP) yang selama ini
memberikan sokongan kepadanya.
"Selamat tinggal Pahang dan
terima kasih kepada pasukan, rakan sepasukan, pengurus dan jurulatih dan
peminat Pahang.
"Ia adalah musim luar biasa
dalam hidup saya termasuk keluarga saya sangat gembira sepanjang berada di sini
(Pahang).
"Oleh itu, saya harap suatu
hari nanti dapat kembali ke Pahang kerana bangga menjadi sebahagian daripada
sejarah skuad Tok Gajah.
"Pencapaian bersama Pahang
musim ini memberi motivasi untuk mencapai keputusan terbaik bersama pasukan
baharu," katanya menerusi Instagram.
Musim ini, Alves membuktikan
sentuhan berbisa apabila muncul penjaring kedua terbanyak dengan menjaringkan
18 gol dalam saingan Liga Super.
Alves yang pernah menyarung jersi
Gangwon FC, Korea Selatan pada 2016 dikatakan kembali ke negara berkenaan
apabila menyertai Suwon FC.
Namun, ketiadaan Alves yang
menjadi peledak utama Pahang musim lalu diyakini dapat diimbangi dengan
kehadiran penyerang sensasi Kemboja, Chan Vathanaka.
Pada masa sama, Vathanaka akan
bergandingan dengan penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha.
Sebelum ini, Pahang dikatakan
terlepas peluang untuk terus mengikat Alves disebabkan beberapa masalah
teknikal membabitkan kontrak.
Biarpun penyerang itu hanya
mengikat kontrak bersama Pahang dalam tempoh semusim, prestasi membanggakan
menyebabkan pasukan itu mahu memastikan Alves kekal.
Namun, beberapa isu yang tidak
dapat diselesaikan mendorong pemain itu beralih ke kelab luar untuk meneruskan
kerjaya selaku pemain profesional
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu,
6 Januari 2018 | 12:29pm
No comments:
Post a Comment