HADI FAYYADH ABDUL RAZAK (tengah)
yakin mampu menarik perhatian Ong Kim Swee.
Fadhilul Izmel Ishak
05 Januari 2018 1:54 PM
445
NANJING 5 Jan. - Biarpun
mengetahui persaingan untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Bawah
23 (B-23) sengit, namun penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Hadi Fayyadh
Abdul Razak percaya dia mampu menarik perhatian Datuk Ong Kim Swee.
Penyerang berusia 18 tahun itu
berkata, meskipun diturunkan sebagai pemain gantian ketika pasukan B-23 negara
mengadakan tiga perlawanan persahabatan di Mokpo, Korea Selatan, bulan lalu
namun berdasarkan prestasi peribadinya, Hadi percaya dia mampu memikat hati
jurulatih, Kim Swee.
“Sebelum ini semasa kami bermain
tiga perlawanan persahabatan di Korea Selatan saya berjaya mencipta dua gerakan
gol dan walaupun tidak menjaringkan gol namun saya percaya prestasi saya di
sana pasti diambil kira oleh jurulatih.
“Saya percaya peluang saya untuk
diserapkan ke dalam kesebelasan utama pasukan cerah dan walaupun persaingan
tinggi daripada rakan sepasukan lain saya tidak fikir itu mampu menggugat
keyakinan saya.
“Sudah pasti saya mahu beraksi
dan saya yakin peluang saya dalam kesebelasan utama adalah cerah. Saya juga
akan berusaha untuk menjaringkan gol serta membantu pasukan bagaimanapun itu
semua terpulang kepada jurulatih sama ada mahu menurunkan saya atau
sebaliknya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Katanya lagi, antara pengalaman
berguna yang diperoleh sepanjang berada di bawah kendalian Kim Swee adalah
dapat mempelajari bagaimana untuk memainkan peranan sebagai ‘holding striker’
berikutan memiliki susuk tubuh yang tinggi.
Aksi persahabatan menentang Syria
B-23 yang dijadual berlangsung di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing pada
pukul 4 petang ini bagaimanapun ditunda esok kerana cuaca buruk.
Skuad B-23 akan memulakan kempen
Kejuaraan B-23 AFC dengan menentang Iraq pada 10 Januari sebelum menghadapi
Jordan pada 13 Januari di Changshu dan Arab Saudi (16 Januari) di Kunshan.
Dalam pada itu, mengulas lanjut
mengenai kariernya di Johor, Hadi mengakui dia memasang hajat untuk menyarung
jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) namun bukan dalam masa terdekat kerana mahu
memberi tumpuan terhadap pasukannya terlebih dahulu.
“Saya bermula dengan JDT II
kemudian pada April lalu saya dinaikkan pangkat untuk menyertai JDT sebelum
kembali bersama JDT II pada Julai lalu.
“Sudah menjadi idaman kepada
setiap pemain JDT II untuk dinaikkan pangkat menyertai JDT namun saya tidak
perlu terburu-buru kerana masih muda dan mahu banyak beraksi bersama JDT II dan
memberi saingan terutamanya kepada import,” katanya. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hadi-yakin-pikat-kim-swee-1.585127#ixzz53PU4i9sg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment